TY - JOUR AU - Well, Roben AU - Iman, Ubong PY - 2019/06/03 Y2 - 2024/03/28 TI - Impak Program Penempatan Semula dan Pembangunan Bersepadu Gana (GRID) Terhadap Aset Penghidupan Penduduk di Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah JF - GEOGRAFI JA - GEOG VL - 7 IS - 1 SE - Articles DO - UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/1562 SP - 1-32 AB - <p style="text-align: justify;">Program Penempatan Semula dan Pembangunan Bersepadu Gana (GRID) merupakan satu program yang dilaksanakan untuk melindungi hutan simpan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk yang terlibat. Program ini dijangka akan memberikan impak kepada aset penghidupan peserta yang terlibat. Justeru itu, artikel ini membincangkan impak pelaksanaan GRID kepada aset penghidupan peserta yang terlibat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data dicerap melalui instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Seramai 100 responden telah terlibat yang terdiri daripada ketua rumah bagi setiap keluarga yang mempunyai pengalaman hidup di kampung asal dan kawasan penempatan semula. Manakala, seramai lima orang responden terlibat dalam kaedah temu bual yang terdiri bekas ketua kampung dan ketua kampung. Data soal selidik dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan data temu bual dianalisis menggunakan analisis naratif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat impak yang positif kepada aset penghidupan peserta setelah mereka berpindah ke kawasan penempatan semula. Antara impak yang paling ketara ialah peningkatan akses kemudahan infrastruktur dan peningkatan pendidikan golongan muda. Walau bagaimanapun, kajian juga menunjukkan terdapat impak negatif seperti kehilangan akses sumber hutan dan pemilikan tanah.</p> ER -