TY - JOUR AU - Kamarudin, Nor Azira AU - Sani, Siti Shamsiah PY - 2019/12/03 Y2 - 2024/03/28 TI - Pembinaan manual pembelajaran berasaskan pemikiran: “Jom Fikir Kdk” bagi kegunaan guru pelatih: Development of the “Jom Fikir KdK’ manual for the use of preservice teachers JF - Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education JA - JRPPTTE VL - 9 IS - 2 SE - Articles DO - 10.37134/jrpptte.vol9.no2.4.2019 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/3018 SP - 39-53 AB - <p style="text-align: justify;">Kajian ini dilaksanakan bagi membina sebuah manual pembelajaran berasaskan pemikiran yang dikenali sebagai ‘Jom Fikir KdK’ dan mengenal pasti persepsi guru pelatih mengenai manual yang telah dihasilkan. Pembinaan manual ‘Jom Fikir KdK’ ini dikategorikan sebagai kajian reka bentuk dan pembinaan yang berteraskan model ADDIE. Kajian tinjauan pula dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap manual 'Jom Fikir KdK' dari aspek kandungan, reka bentuk dan penggunaan. Kajian tinjuan ini dijalankan di sebuah universiti di negeri Perak yang melibatkan seramai 80 orang guru pelatih yang berada di semester 8 dari program Sarjana Muda Pendidikan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia. Manual 'Jom Fikir KdK' yang dibina ini mempunyai nilai kesahan 96% persetujuan pakar dan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.960. Kajian tinjauan terhadap persepsi guru pelatih menunjukkan bahawa manual ini berada pada tahap yang baik bagi ketiga-tiga aspek iaitu kandungan (min=4.42), reka bentuk (min=4.31) dan penggunaan (min=4.77). Guru pelatih memberikan respon yang positif terhadap Manual ‘Jom Fikir KdK’ yang dibina. Melalui penghasilan manual ini, guru pelatih dapat memahami, menggunakan dan mengaplikasikan teknik kemahiran berfikir kepada pelajar mereka pada masa akan datang. Justeru manual Jom Fikir KdK boleh digunakan oleh guru pelatih dalam memupuk Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.</p><p style="text-align: justify;">&nbsp;</p><p style="text-align: justify;"><em>The study was conducted to develop a manual known as 'Jom Fikir KdK' for preservice teachers and to investigate the reception of this manual by these teachers. The investigation was conducted through a survey to identify the teachers' perceptions of the 'Jom Fikir KdK' manual in terms of content, design and usage. The study was conducted at a university in the state of Perak and involved 80 preservice teachers in their 8th semester of the Bachelor of Science, Biology, Physics and Chemistry programs. The manual showed very encouraging results for three aspects: content (min = 4.42), design (min = 4.31) and usage (min = 4.77). Preservice teachers responded positively to the 'Jom Fikir KdK' manual and therefore, can be used to assist, use and apply in the teaching of thinking skills. In addition, the 'Jom Fikir KdK' manual can also be used in developing students' Critical and Creative Thinking Skills (CBC) during teaching and learning.</em></p> ER -