Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah Klang

The necessity of implementing local cultural identities in subjects at international schools in Klang Valley

Authors

  • Nurul Fitriah Patlillah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Ridzuan Hussin Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol7.7.2019

Keywords:

penerapan, identiti budaya tempatan, pendidikan seni, guru seni, sekolah antarabangsa

Abstract

Secara khususnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa, menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni, dan menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan. Oleh itu sebuah modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk guru seni di sekolah antarabangsa akan dihasilkan. Kaedah yang digunakan kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah secara pemerhatian, temu bual, tugasan; serta soal selidik untuk menyokong hasil dapatan. Sampel terdiri daripada 17 orang murid Tahun 5 yang bersekolah di ITQAN Integrated School yang mempelajari mata pelajaran seni di sekolah tersebut dan merupakan. murid-murid tempatan, manakala reponden temubual adalah guru-guru seni sekolah tersebut serta beberapa orang murid Tahun 5. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan, berdasarkan hasil dapatan melalui pemerhatian, guru terdiri daripada guru tempatan yang berpengalaman di mana proses PdP sentiasa berjalan dengan lancar, di samping mempunyai pelbagai kaedah dan tarikan yang tersendiri bagi memastikan setiap murid dapat mengikuti sesi PdP tanpa sebarang masalah. Murid-murid juga teruja dalam menerima dan mempelajari benda baharu, di samping mempunyai minat dalam mata pelajaran seni. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru bersedia dalam penerapan identiti budaya tempatan. Seterusnya bagi menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan, berdasarkan tugasan yang diberikan terhadap 10 orang murid, 40% daripada mereka mendapat gred A, manakala 60% daripadanya mendapat gred B. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa murid-murid mempunyai minat yang sedia ada terhadap identiti budaya tempatan. Bagi menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan iaitu melalui hasil temubual terhadap 3 orang guru seni, mereka berpendapat bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada penerapan identiti budaya tempatan ialah strategi PdP, minat, tugasan, kesediaan guru, dan juga kesediaan murid.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahim. (2010). Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual di sekolah bestari SMK Seri Bintang Selatan Kuala Lumpur : Satu kajian kes. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Art, Craft, Design - The junior certificate. (n.d.). Curriculum Online.

Alexander, R. et al. (2010). Children, their world, their education: field report and recommendation of the Cambridge primary review. United Kingdom: The University of Cambridge.Art and design programmes of study: key stages 1 and 2, national curriculum in England (2013). United Kingdom: Department for Education, England.

Besgen et al. (2014). Teaching/Learning Strategies through Art.

Cambridge International Examinations. (2016). Syllabus Cambridge IGCSE Art & Design 0400. United Kingdom: England.

Cambridge Primary School. (2018). Cambridge Primary School - Art. United Kingdom: England.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan am penubuhan dan pendaftaran sekolah antarabangsa. Malaysia:Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum sekolah menengah- pendidikan senivisual.Malaysia: Unit Pendidikan Seni Visual, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (n.d). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Malaysia: Unit Pendidikan Seni Visual, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lowenfeld, V, and Brittan, W.L. (1975). Creative and painting children & visual reprsentation. London: Paul Chapman Publishing.

Mohan Sanyasi & Sanitah Mohd. Yusof. (2014). Pendidikan swasta ke arah pembangunan pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

MyGOV- Portal Rasmi Kerajaan Malaysia. (2017). Diakses pada 23 Julai 2018, daripada https://www.malaysia.gov.my/portal/content/29483

Ridzuan Hussin, Suraya Ahmad Kamel, dan Asmahan Mokhtar. (2016). Keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Jurnal seni dan pendidikan seni, 4, 40-46.

Sabzali Musa Khan, Effendi Shamsuddi, & Nik Nairan Abdullah. (2011). Mendepani seni warisan dan kreatif dalam mencapai satu gagasan melayu di Nusantara. Malaysia: Univesiti Malaya.

Downloads

Published

2019-09-17

How to Cite

Patlillah, N. F., & Hussin, R. (2019). Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah Klang: The necessity of implementing local cultural identities in subjects at international schools in Klang Valley. KUPAS SENI, 7, 64–71. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol7.7.2019