@article{Patlillah_Hussin_2019, title={Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah Klang: The necessity of implementing local cultural identities in subjects at international schools in Klang Valley}, volume={7}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2687}, DOI={10.37134/kupasseni.vol7.7.2019}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Secara khususnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa, menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni, dan menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan. Oleh itu sebuah modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk guru seni di sekolah antarabangsa akan dihasilkan. Kaedah yang digunakan kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah secara pemerhatian, temu bual, tugasan; serta soal selidik untuk menyokong hasil dapatan. Sampel terdiri daripada 17 orang murid Tahun 5 yang bersekolah di ITQAN Integrated School yang mempelajari mata pelajaran seni di sekolah tersebut dan merupakan. murid-murid tempatan, manakala reponden temubual adalah guru-guru seni sekolah tersebut serta beberapa orang murid Tahun 5. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan, berdasarkan hasil dapatan melalui pemerhatian, guru terdiri daripada guru tempatan yang berpengalaman di mana proses PdP sentiasa berjalan dengan lancar, di samping mempunyai pelbagai kaedah dan tarikan yang tersendiri bagi memastikan setiap murid dapat mengikuti sesi PdP tanpa sebarang masalah. Murid-murid juga teruja dalam menerima dan mempelajari benda baharu, di samping mempunyai minat dalam mata pelajaran seni. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru bersedia dalam penerapan identiti budaya tempatan. Seterusnya bagi menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan, berdasarkan tugasan yang diberikan terhadap 10 orang murid, 40% daripada mereka mendapat gred A, manakala 60% daripadanya mendapat gred B. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa murid-murid mempunyai minat yang sedia ada terhadap identiti budaya tempatan. Bagi menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan iaitu melalui hasil temubual terhadap 3 orang guru seni, mereka berpendapat bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada penerapan identiti budaya tempatan ialah strategi PdP, minat, tugasan, kesediaan guru, dan juga kesediaan murid.</p>}, journal={KUPAS SENI}, author={Patlillah, Nurul Fitriah and Hussin, Ridzuan}, year={2019}, month={Sep.}, pages={64–71} }