Pengajaran Dan Pembelajaran Komposisi Muzik Kolektif Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Memperkembangkan Kecerdasan Muzikal Dan Mengaktifkan Kecerdasan Lain

Authors

  • Toh Lai Chee Jabatan Muzik Institut Pendidikan Guru (Kampus Pulau Pinang)

Keywords:

kolaboratif, komposisi kolektif, strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai, permainan bahan bukan muzikal pendekatan hands-on

Abstract

Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner mengiktiraf kepelbagaian kompetensi dalam kecerdasan manusia, dan mencadangkan lapan haluan potensi yang berbeza untuk berpengetahuan. Kajian ini mengkaji strategi dan pendekatan yang digunakan dalam komposisi muzik kolektif melalui pelbagai sudut kecerdasan untuk memperkembang kecerdasan muzikal pelajar dan mengaktifkan kecerdasan lain. Komposisi muzik kolektif merupakan satu daripada komponen aspek ekspresi kreatif yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Tingkatan Dua. Metodologi kajian ini bercorak kualitatif dan digabungkan dengan sedikit elemen kuantitatif, dan berasaskan pendekatan kajian kes berganda yang dikendalikan di tiga buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan pendekatan melalui pelbagai kecerdasan membolehkan lebih ramai pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan kecerdasan (dari ketiga-tiga buah sekolah) menunjukkan persembahan pemahaman konsep muzik (irama, pic dan warna ton) melalui komposisi kolektif dengan menggunakan bahan bukan muzikal, suara dan pergerakan. Kepelbagaian strategi dan pendekatan juga memupuk dan merangsang kecerdasan pelbagai pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-02-18

How to Cite

Chee, T. L. (2012). Pengajaran Dan Pembelajaran Komposisi Muzik Kolektif Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Memperkembangkan Kecerdasan Muzikal Dan Mengaktifkan Kecerdasan Lain. Malaysian Journal of Music, 1(1). Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MJM/article/view/567