http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/issue/feed Management Research Journal 2020-04-01T09:41:06+00:00 Fanny Kho Chee Yuet fannykcy@fpe.upsi.edu.my Open Journal Systems
Management Research Journal (MRJ) [ISSN 2232-0660/ eISSN 2600-9315] is an international peer-reviewed journal publishing high-quality, original research.  It is an online international academic journal published twice a year (June & December started 2020). Please note that this journal only publishes manuscripts in English or Malay languages. The journal is devoted to promote scholarly empirical work that uses mainstream approaches to examine accounting, entrepreneurship, finance, human resource and multi-faceted drivers of management change. Papers may broadly cover the above mentioned areas but are not limited to those example topics. We welcome original conceptual and empirical research articles with novel perspectives and/or managerial approaches that would appeal to an international readership. We do not accept unsolicited conceptual and theoretical papers. MRJ supports open access. The electronic full text version of the journal is available free of charge at http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/index
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/2849 Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor 2020-02-05T07:16:50+00:00 Suzyanty Mohd Shokory suzyanty@fpe.upsi.edu.my Nur Riza Mohd Suradi nrms@ukm.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, dua gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus projek terdiri daripada gaya kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi diuji terhadap prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek yang mana terdiri daripada prestasi kerja dalam peranan dan prestasi kerja melebihi peranan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel. Sebanyak 195 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada ahli-ahli pasukan projek daripada pelbagai kontraktor berlainan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di negeri Selangor. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik kaedah pensampelan rawak berstrata berkadaran dan pengutipan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen untuk mengukur gaya kepimpinan pengurus projek dan prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan telah diadaptasi dan telah dimodifikasi daripada sarjana kajian-kajian yang lepas yang terdiri daripada sarjana tempatan dan luar negara. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melibatkan analisis regresi linear berganda. Dapatan kajian menunjukkan secara prinsipnya dua jenis gaya kepimpinan pengurus projek adalah signifikan dalam mempengaruhi prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek. Gaya kepimpinan transformasi pengurus projek didapati mempunyai pengaruh signifikan yang positif terhadap prestasi kerja dalam peranan ahli-ahli pasukan projek. Manakala gaya kepimpinan transaksi pengurus projek pula didapati mempunyai pengaruh signifikan yang positif terhadap prestasi kerja melebihi peranan ahli-ahli pasukan projek. Hasil kajian ini menjelaskan gaya kepimpinan pengurus projek yang berbeza mampu memberi kesan yang berbeza terhadap prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan.
2020-01-02T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/2986 Hubungan budaya organisasi dan organisasi pembelajaran: Perbandingan berdasarkan gender 2020-02-05T07:17:51+00:00 Jamal Nordin Yunus jamal@fpe.upsi.edu.my
2020-01-16T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/2894 Pengaruh peletakan pasaran institusi pengajian tinggi terhadap wakaf pendidikan 2020-02-05T08:09:01+00:00 Noor Hidayah Zainudin noorhidayah@usas.edu.my Peranika Heriranto cikpera@gmail.com Zuraidah Zainol zuraidah@fpe.upsi.edu.my Juliana Osman @ Zainal Abidin juliana@fpe.upsi.edu.my
Wakaf pendidikan ditubuhkan sebagai alternatif untuk mengurangkan beban pembiayaan kerajaan bagi tujuan pembangunan institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh peletakan pasaran institusi pengajian tinggi terhadap wakaf pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel terdiri daripada 381 orang responden Muslim yang berumur 18 tahun ke atas di sekitar kawasan penempatan Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak. Teknik persampelan rawak sistematik digunakan bagi proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis menggunakan dua kaedah analisis statistik iaitu deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif terdiri daripada analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Statistik inferens pula melibatkan analisis Structural Equation Modeling (SEM) menerusi perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan analisis hubungan langsung mendapati atribut peletakan pasaran iaitu imej dan personaliti mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kecenderungan berwakaf kepada IPT. Justeru, peningkatan dan penurunan imej dan personaliti IPT mampu mempengaruhi peningkatan dan penurunan wakaf pengajian tinggi. Kajian ini mendapati bahawa imej dan personaliti IPT yang unggul dapat meletakkan institusi pengajian tinggi berada di tempat yang lebih baik dalam persaingan pasaran pendidikan. Implikasi kajian ini dapat membantu institusi pengajian tinggi mengenalpasti strategi peletakan pasaran yang tepat dalam mempromosikan wakaf pendidikan kepada masyarakat dan pemegang taruh.
2020-02-05T08:09:01+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/2997 An Extra-curricular activities extension in public elementary schools 2020-04-01T09:41:06+00:00 Matronillo Del Mundo Martin matt_martin122680@yahoo.com Frazel May Bonesto Tugguin matt_martin122680@yahoo.com
The main purpose of this study is to determine the extent of implementation and level of contribution of the extra–curricular activities in the public elementary schools.  Descriptive research was utilized in this study. There were 7 school heads and 64 selected teachers as respondents using total enumeration technique. Information was obtained from the respondents through the use of questionnaires. Quantitative data collected by using a questionnaire were analyzed by the use of descriptive statistics and presented through percentages, means, and frequencies. Findings show that there is an over- all high implementation of the extra-curricular activities in the public elementary school of Aguinaldo District 2. Moreover, pupils have active participation of the different activities through the leadership of the school administrators and teachers. Likewise, the school heads and teachers treat extracurricular activities with similar passion with the curricular activities but with careful discretion in not disrupting regular class schedule. The study also shows that extra-curricular activities can provide better environment for the development of school especially on the nurturing of the pupils. Pupils of the public elementary schools in Aguinaldo District 2 have been actively competing in the different extra-curricular activities which made each school able receive awards in different levels. The success of the school performances requires careful management and good organization. Therefore, support, cooperation and motivation from school administrators, parents and students should necessary in order to maintain excellence achievement and good school performances.
2020-04-01T09:41:05+00:00 ##submission.copyrightStatement##