Sorotan Kajian Kesediaan Dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik Darjah

Literature Review:ReadinessandNeeds of Teachers in ImplementingHigher Order Thinking Skills (HOTS)

Authors

  • Farah Aziana Abdul Aziz Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Fadzilah Abd Rahman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.7.2018

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), keperluan guru, kesediaan guru, teori Taksonomi Bloom, Higher Order Thinking Skills, needs of teacher, readiness of teacher, Taxonomy Bloom Theory

Abstract

Kertas ini membincangkan tentang kesediaan dan keperluan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu di sekolah. Memandangkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidik murid di sekolah mengikut keperluan semasa pendidikan, maka peranan guru sangat dititikberatkan dalam menjayakan pelaksanaan KBAT dalam semua mata pelajaran. Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT sangat penting bagi membolehkan mereka mendidik murid menguasai KBAT yang mana merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai dalam menuju abad ke-21. Keperluan guru dalam merealisasikan pelaksanaan KBAT secara berkesan perlu diberi perhatian agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berfikir pada aras tinggi dapat dicapai. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan sorotan-sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berunsur KBAT. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan guru masih belum bersedia melaksanakan KBAT dalam pengajarannya disebabkan oleh kurang pendedahan tentang cara pelaksanaan KBAT dalam PdPc, tidak tahu kaedah untuk menerapkan KBAT dalam PdPc dan juga dibebani dengan pelbagai tugas lain yang menghalang untuk melaksanakan PdPc berasaskan KBAT dilaksanakan dengan baik. Dapatan kajian ini juga turut memperincikan beberapa keperluan yang diperlukan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT.

 

This paper discuss on readiness and needs of teacher in high order thinking skills (HOTS) implementation in process PdPc in school. As teacher is individual who responsible in shaping and educating student in school according to current education need, so role of teacher terribly emphasized in succeeding HOTS implementation in all subjects. Teacher readiness in those educating student control HOTS which is one of the aspects that need to be controlled in aiming 21st Century. Needs of teachers in realizing HOTS implementation effectively need to be given attention so that government’s desire to produce generation think in high level can be achieved. This study uses a document analysis method based on the previous research highlights related to the readiness and needs of Malay language teachers in implementing HOTS teaching. The findings show that most teachers are still not ready to implement HOTS in their teaching due to lack of exposure on the implementation of HOTS in lesson, not knowing how to implement HOTS in lesson and also burdened with various other tasks that prevented the implementation of lesson based on HOTS. The findings of this study also detail some of the needs that teachers need to implement on HOTS based teaching.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-11-28

How to Cite

Abdul Aziz, F. A., & Abd Rahman, F. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan Dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik Darjah: Literature Review:ReadinessandNeeds of Teachers in ImplementingHigher Order Thinking Skills (HOTS). PENDETA, 9, 80–101. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.7.2018