@article{Beden_2019, title={Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis teksdealisme: Textsdealisme analysis: Principles of presence in Jong Chian Lai novels}, volume={10}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2320}, DOI={10.37134/pendeta.vol10.4.2019}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya.  Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel <em>Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga</em> (1986), <em>Pemberontakan</em> (1994) dan <em>Ensera Marga Timur dari St Anthony</em> (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Hasil dapatan analisis memperlihatkan bahawa Jong Chian Lai sentiasa membuat inovasi atau pembaharuan dalam ketiga-tiga novel dalam usaha menghadirkan kepelbagaian sumber dan idea yang baharu menerusi pengalaman peribadi dan penyelidikan. Pembaharuan ini diteliti menerusi sumber idea, struktur dan aliran dalam ketiga-tiga teks. Struktur penciptaannya mengalami perubahan selain memperlihatkan pengekalan terhadap struktur tertentu. Aliran turut menunjukkan pembaharuan dari realisme kepada aliran realisme magis. Impaknya, setiap teks ciptaannya menunjukkan pembaharuan dan pemantapan yang dilakukan dari semasa ke semasa bagi mencapai tahap unggul sekali gus memberikan perangsang kepada penulis-penulis lain agar sentiasa membuat pembaharuan dalam penciptaan.</p>}, journal={PENDETA}, author={Beden, Sara}, year={2019}, month={Dec.}, pages={36–56} }