@article{Muhd Zulkifli_Wan Mohamad_Surat_Badusah_2019, title={Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing: The Aspects of Malay Culture in Teaching and Learning of Malay as a Foreign Language}, volume={10}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2861}, DOI={10.37134/pendeta.vol10.9.2019}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Kajian ini memfokuskan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing berdasarkan hubungan antara bahasa dan budaya yang saling berkait rapat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji komponen budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik dijalankan untuk mengumpul data. Seramai 30 orang pelajar program Bahasa Melayu di <em>Tokyo University of Foreign Studies</em> (TUFS), Jepun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju bahawa aspek budaya Melayu perlu dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam kelas Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (min=3.58) yang melibatkan kerangka budaya 3P yang mengandungi tiga dimensi budaya, iaitu produk, praktik dan perspektif. Perspektif budaya Melayu merupakan dimensi budaya yang paling kerap diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu dengan min=3.80, diikuti praktik budaya Melayu (min=3.73) dan produk budaya Melayu (min=3.20). Hasil kajian juga menunjukkan komponen budaya Melayu yang paling kerap diterapkan adalah agama Islam. Secara kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di TUFS melibatkan aspek budaya Melayu dan merangkumi pelbagai komponen budaya Melayu.</p>}, journal={PENDETA}, author={Muhd Zulkifli, Noor Zuhidayah and Wan Mohamad, Wan Muna Ruzanna and Surat, Shahlan and Badusah, Jamaludin}, year={2019}, month={Dec.}, pages={121–133} }