AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH
Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture (e-ISSN 3009-1268) is officially initiated by the Department of Islamic Studies, Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Al-Makrifah would become a strategic venue as a medium for researchers and academicians in developing their research potentials based on their research, theory, and critical explorations. The journal is published biannually in a year (April and October) in an online version.
Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia en-US AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture 3009-1268 Development of Usul Fiqh Teaching Module for Secondary School Standard Curriculum (KSSM) Islamic Shariah Subject https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/8707
This article is a concept paper which aims to develop a Usul Fiqh teaching module in the subject of Islamic Sharia Education for form four students, based on Imam Syafie's Manhaj. The module designing process follows the methodology instructional design guidelines and principles as outlined in Imam Syafie's Manhaj to ensure an effective learner-centered approach. The needs analysis of research involves identifying the needs of teachers in terms of content, teaching methods and learning outcomes. A comprehensive study of the KSSM curriculum (Standard Secondary School Curriculum) of Islamic Sharia Education at the forth level was carried out by focusing specifically on the topic Usul Fiqh. This study is qualitative research and the methodology is based on content analysis and literature review and interview. Interview sessions were conducted with the teachers to uncover real issues and problems in the teaching of Usul Fiqh and to take their views and ideas in improving the modules that will be developed.
Rohana Mohd Nawi Murihah Abdullah Mohd Afifi Bahurudin Setambah Zuraidar Badaruddin Copyright (c) 2024 Rohana Mohd Nawi, Murihah Abdullah, Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Zuraidar Badaruddin https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-01-13 2024-01-13 2 1 1 13 10.37134/almakrifah.vol2.1.1.2024 Analisis kesalahan sebutan Huruf-huruf Al-Quran dalam kalangan pelajar dewasa di Pusat-pusat Pengajian Al-Quran Zon Utara semenanjung Malaysia https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/8531
Isu kelemahan dalam melafazkan huruf-huruf al-Quran secara sempurna dan tepat dilihat masih berlaku dalam kalangan pelajar dewasa di pusat-pusat pengajian al-Quran walaupun telah melalui bimbingan bacaan al-Quran untuk satu tempoh masa yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis huruf-huruf al-Quran yang dilafazkan secara tidak tepat dari sudut makhraj, sifat dan lahjah dalam kalangan pelajar dewasa di pusat pengajian al-Quran dewasa di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan intrumen set ujian kualiti bacaan dari enam kategori ayat al-Quran yang dijalankan terhadap 70 responden yang terdiri daripada pelajar dewasa yang sedang menyertai program Talaqqi al-Quran Riwayat Hafs One To One di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Keputusan ujian mendapati 20 huruf yang disebut secara tidak tepat oleh responden yang mana huruf tertinggi adalah huruf Zai (75.7%) diikuti Dhad (72.8%). Huruf terendah adalah huruf Ta (7.1%) diikuti huruf Shin (8.5%). Kajian juga mendapati tiga bentuk kesalahan sebutan huruf-huruf al-Quran yang mana yang tertinggi adalah ketidaksempurnaan sifat huruf iaitu melibatkan 14 huruf (70%), diikuti kecenderungan lahjah bukan kearaban sebanyak 11 huruf (55%) dan ketidaktepatan makhraj huruf melibatkan 9 huruf (45%). Implikasi kajian meunjukkan keperluan kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan kualiti sebutan huruf-huruf al-Quran secara lebih bersasar dalam kalangan orang dewasa di Malaysia.
Wan Muhammad Hafizuddin Wan A. Halim Abdul Jalal Abdul Manaf Abd Rahman Abd Ghani Copyright (c) 2024 Wan Muhammad Hafizuddin Wan A. Halim, Abdul Jalal Abdul Manaf, Abd Rahman Abd Ghani https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-01-15 2024-01-15 2 1 14 22 10.37134/almakrifah.vol2.1.2.2024 Penggunaan Ilmu Qira’at dalam Ayat Hukum berdasarkan Tafsir Al-Quran di Nusantara https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/8271
Pentafsiran ayat al-Quran oleh ulama Nusantara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghuraikan sesebuah ayat al-Quran termasuklah ilmu Qiraat. Kebanyakan karya tafsir yang ada di Nusantara menghuraikan maksud dari ayat al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa menghuraikan khilaf Qiraat yang wujud pada ayat tersebut. Kajian ini memfokuskan penggunaan ilmu Qiraat dalam tafsir al-Quran di Nusantara iaitu Turjuman al-Mustafid, Tafsir Nur al-Ihsan dan Marah Labid yang merupakan hasil karangan ulama Nusantara. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat hukum di dalam al-Quran yang mengandungi khilaf Qiraat yang dikemukakan oleh mereka dengan metode yang tersendiri. Kajian yang bersifat kualitatif ini dilakukan dengan menganalisis maklumat yang diperolehi dari sumber primer dan juga sekunder. Kajian mendapati sebanyak 99 tempat di dalam tafsir ini yang membincangkan mengenai ilmu Qiraat samada dari aspek akidah, akhlak dan fiqh yang merangkumi soal ibadah, munakahat, muamalat, jinayah dan jihad. Pecahan dari jumlah tersebut adalah 29 tempat di dalam Turjuman al-Mustafid yang mewakili sebanyak 29 peratus, manakala sebanyak 8 tempat di dalam Tafsir Nur al-Ihsan yang mewakili sebanyak 8 peratus sementara sebanyak 62 tempat di dalam Marah Labid yang mewakili sebanyak 63 peratus. Ini menunjukkan ulama di Nusantara telah menghuraikan ayat-ayat al-Quran di dalam karya mereka dengan kaedah yang tersendiri termasuk penggunaan ilmu Qira’at.
Sukhairu Sulaiman Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Copyright (c) 2024 Sukhairu Sulaiman, Mohamad Marzuqi Abdul Rahim https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-02-06 2024-02-06 2 1 23 37 10.37134/almakrifah.vol2.1.3.2024 Construction and Validation of a Questionnaire on Cultivation of Teaching Innovation for Elementary School Islamic Education Teachers TS25 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/9092
This study aims to develop and validate the TS25 Primary School Islamic Education Teachers Teaching Innovation Culture questionnaire based on factor analysis. Based on the exploration of previous studies, the constructs and items identified as contributing to the Cultivation of Teaching Innovation for Islamic Education Teachers of Primary School TS25 were successfully developed. The questionnaire was verified through face validity and content validity of the instrument involving 9 experts, while construct validity and Cronbach's Alpha reliability, as well as factor analysis of the instrument, were analyzed using the Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 26.0 software. A total of 120 TS25 primary school Islamic Education teachers were involved in this study. The findings of the study found that the results of the Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) and Bartlett test against all coefficients were significant with a KMO value of 0.911 (p = 0.000), which shows that a value of 0.90 or above is impressive. These results show that all coefficients have sufficient factorability values, ​​and the factor analysis can be continued. The factor loading for each item is in the range of 0.712 to 0.949, while the result of Cronbach's Alpha analysis is 0.91. Good validity and reliability results confirm that this questionnaire is suitable to be applied in real studies.
Siti Hazlini Haris Norhisham Muhamad Copyright (c) 2024 Siti Hazlini Haris, Norhisham Muhamad https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-03-07 2024-03-07 2 1 38 51 10.37134/almakrifah.vol2.1.4.2024 Waqf Practise for Non-Muslim According to Islamic Scholars Perspective in Osmanlı Caliphate Rule https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/9131
Waqf is indeed an Islamic practice aimed at providing welfare to the community. This practice has always been pioneered by Muslims in every territory of Islamic rule while the waqif is not required to be Muslim. However, the number of waqf performed by non-Muslims during the Ottoman rule was very significant either to their religious group or given to general benefit. Therefore, the discussion aims to examine the concept & implementation related to waqf of the non-Muslims that was recorded in the Ottoman era. This study uses the literature review method in collecting data from various authoritative sources and then analyzed using a thematic approach. This research identified that the practice of waqf by non-Muslims in Ottoman rule was implemented and recorded same as waqf performed by Muslims. Non-Muslims perform waqf for their religious purposes and public welfare however, there are various issues involving waqf land on which non-Muslim houses of worship are built. In conclusion, the exposure related to concept and the implementation of non-Muslim waqf is seen as important in providing input and knowledge to the general public in fact, it helps the waqf management in examining this situation if any non-Muslims want to practise it.
Nur Ainul Basyirah Alias Sri Wahyu Sakina Ahmad Sanusi Copyright (c) 2024 Nur Ainul Basyirah Alias, Sri Wahyu Sakina Ahmad Sanusi https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-23 2024-04-23 2 1 52 64 10.37134/almakrifah.vol2.1.5.2024 Ulasan Buku / Konotasi Angka Dalam Al-Quran https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/9149
Buku ini merupakan hasil penulisan seorang pensyarah bidang tafsir al-Quran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu Mikdar Rusdi. Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Islam dan Sains Sosial, Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan, (UTHM). Beliau mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar Mesir, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau aktif menjalankan penyelidikan tentang tafsir al-Quran dan kini merupakan Senior Assistant Professor merangkap Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Intan Nor Syahira Ahmad Md Nor Abdullah Copyright (c) 2024 Intan Nor Syahira binti Ahmad, Md Nor Abdullah https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-25 2024-04-25 2 1 65 69 10.37134/almakrifah.vol2.1.6.2024 Sumbangan Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) dalam Memperkasa Program Dakwah Mualaf di Pedalaman Sarawak https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/9429
Sarawak terkenal sebagai sebuah wilayah Sarawak terbina dari pelbagai suku, etnik dan agama menerusi proses asimilasi dan akomodasi budaya serta perkahwinan campur. Kedudukan komuniti mualaf atau mualaf di tengah-tengah kepadatan penduduk Sarawak turut menyumbang ke arah perkembangan dakwah Islam di Sarawak. Salah satu badan dakwah yang aktif dan bersifat aktivis di Sarawak adalah Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) yang membantu mengurus dan mengendalikan program-program dakwah mualaf di kawasan pedalaman. Penubuhan HIKMAH telah menjadi pemangkin ke arah usaha dakwah di pedalaman melalui program dakwah bercorak pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri perkembangan pertubuhan terbabit dan sumbangannya dalam memperkasa program-program bimbingan dan kemasyarakatan di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis dokumen, jurnal, laporan aktiviti. Hasil kajian mendapati Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) komited merangka strategi dalam menjalankan program-program yang sesuai dengan demografi, etnisiti dan sentimen beragama di Sarawak. Program-program yang dilaksanakan mengambil kira penerimaan masyarakat dari berbilang kaum dan tidak menimbulkan sebarang bentuk provokosi berbaur perkauman dan keagamaan. Usaha ini bagi memastikan Sarawak terus dikenali sebagai wilayah yang menyanjung konsep toleransi beragama di Malaysia.
Mohd Zuhaili Kamal Basir Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao Fariza Md. Sham Mohd Shafik Mohd Samsi Norliza Gerunsin Copyright (c) 2024 Mohd Zuhaili Kamal Basir, Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Fariza Md. Sham, Mohd Shafik Mohd Samsi, Norliza Gerunsin https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-23 2024-04-23 2 1 70 90 10.37134/almakrifah.vol2.1.7.2024 Dakwaan unsur Misogoni dalam Hadith oleh Fatima Mernissi: Analisis berdasarkan buku ‘The Veil and The Male Elite’ https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ALMAKRIFAH/article/view/9104
Pengutusan Nabi SAW antaranya bertujuan untuk menghapuskan budaya mendiskriminasikan golongan wanita dalam masyarakat Arab jahiliah seterusnya mengangkat kedudukan mereka. Namun menurut Fatima Mernissi, hadith-hadith Nabi SAW merendahkan kedudukan wanita kerana mendakwa terdapat unsur misogoni dalam banyak riwayat hadith khususnya berkenaan penyebutan hadith tentang wanita, keldai dan anjing seterusnya menolak hadith tersebut kerana telah dimanipulasikan oleh perawi-perawi di peringkat sahabat. Dakwaan ini secara tidak langsung menuduh Nabi SAW merendahkan golongan wanita dan menolak konsep ‘adalah sahabat Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini akan merungkaikan dakwaan tersebut berdasarkan riwayat dalam Sahih al-Bukhari khusus berkaitan penyebutan wanita, keldai dan anjing dan menjelaskan fiqh al-hadith keseluruhannya menurut muhaddithīn serta menghuraikan konsep ‘adalah sahabat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data berdasarkan kaedah dokumentasi iaitu menggunakan kaedah perpustakaan dan mengaplikasikan metode analisis kandungan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Hasil analisis menunjukkan, terdapat lima riwayat yang mana satu daripadanya adalah riwayat Abu Juhayfah R.A dan empat riwayat Aishah R.HA. Penyebutan wanita, anjing dan keldai dalam riwayat berkaitan bukan merujuk kepada perkara yang membatalkan solat namun perkara-perkara yang mengurangkan konsentrasi solat. Penyebutan wanita merujuk kepada wanita ajnabi dan pengecualian bagi isteri tidak membatalkan solat si suami adapun anjing merujuk kepada syaitan. Nabi SAW tidak sesekali menyamakan wanita dengan binatang sebagaimana dakwaan Fatima Mernissi namun kerana tafsiran literal menyebabkan tafsiran tersesat. Saranan kajian ini agar hadith-hadith Nabi SAW ditafsirkan secara kontekstual dan tidak difahami secara literal manakala buku-buku tulisan tokoh feminisme perlu diteliti dengan cermat khusus melibatkan dakwaan terhadap riwayat-riwayat hadith berkaitan wanita.

Rusni Mohamad Copyright (c) 2024 Rusni Mohamad https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-06-22 2024-06-22 2 1 91 108 10.37134/almakrifah.vol2.1.8.2024