@article{Mohamad Hanapi_Zakaria_Ali_2017, title={Fungsi dan Simbol dalam Mantera Mengikut Konteks Budaya Melayu: Functions and Symbols in Mantras According to The Context of the Malay Culture}, volume={3}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/97}, DOI={10.37134/ejoss.vol3.1.3.2017}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Objektif makalah ini ialah pertama mengenal pasti fungsi mantera dalam masyarakat Melayu dan kedua mengenal pasti penggunaan simbol dalam mantera. Mantera mempunyai unsur simbolisme yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasanya. Ia penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu untuk menjadi lebih sempurna dalam kehidupan mereka dan kehidupan bermasyarakat. Kajian ini bertitik tolak daripada teori semiotik Peirce yang mengemukakan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan simbol. Dalam makalah ini, prinsip simbol akan digunakan untuk melihat pemilihan kata-kata dalam mantera sebagai cerminan lambang akal budi orang Melayu. Teori semiotik ini tidak akan dilihat sebagai dunia yang autonomous tetapi akan dihubungkan dengan konteks atau budaya masyarakat yang melahirkan mantera. Justeru keindahan kata-kata dalam mantera bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Mantera juga dapat menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya.</p>}, number={1}, journal={EDUCATUM Journal of Social Sciences}, author={Mohamad Hanapi, Mazarul Hasan and Zakaria, Norazimah and Ali, Abdul Halim}, year={2017}, month={Oct.}, pages={21–29} }