@article{Md. Dazali_Awang_2017, title={Tahap Keyakinan Diri dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan, di Universiti Utara Malaysia: Self-Confidence Level among Education’s Undergraduate in Universiti Utara Malaysia}, volume={3}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/98}, DOI={10.37134/ejoss.vol3.1.4.2017}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Keyakinan diri merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Bagi memastikan usaha ini berjaya, guru sebagai agen perubahan dan perkembangan sahsiah diri pelajar terlebih dahulu perlu menguasai setiap aspek bagi membina keyakinan diri ketika berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar mereka kelak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keyakinan diri dalam kalangan pelajar pendidikan sebagai persediaan mereka untuk menjadi guru. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 152 orang sampel pelajar semester enam program Sarjana Muda Pendidikan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Secara keseluruhan, keputusan analisis menunjukkan tahap keyakinan diri adalah pada tahap yang tinggi. Hasil analisis Ujian-t (t=-0.62, p>005), juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keyakinan diri mengikut jantina. Selain itu, ujian korelasi menunjukkan keyakinan diri (r=0.56) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Kesimpulanya, keyakinan diri tidak dipengaruhi oleh jantina tetapi ianya merupakan salah satu elemen bagi memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu memberi perhatian serius dalam usaha membina keyakinan diri pelajar terutamanya di Universiti Awam bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa.</p>}, number={1}, journal={EDUCATUM Journal of Social Sciences}, author={Md. Dazali, Nurull Salmi and Awang, Isha}, year={2017}, month={Oct.}, pages={30–40} }