@article{Mohamed_Mohamad Jaafar_2020, title={Penggunaan modul pembelajaran inkuiri berasaskan projek terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun: Use of project-based learning inquiry learning module for 4 years old children}, volume={9}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4540}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Kajian ini dijalankan bertujuan melihat penggunaan modul pembelajaran inkuiri berasaskan projek terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun dan mengetahui pengetahuan kanak-kanak dan ibu bapa tentang pembelajaran inkuiri berasaskan projek. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Dalam kajian ini, terdapat empat kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian yang dikemukakan, seperti pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan rekod anekdot. Dalam kajian ini, seramai lima orang partisipan yang dilibatkan, dua orang kanak-kanak lelaki, dua orang kanak-kanak perempuan, serta seorang ibu daripada salah seorang kanak-kanak yang menjadi partisipan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di kediaman partisipan itu sendiri yang terletak di daerah Kuala Kedah, Kedah. Instrumen yang digunakan bagi merekod data yang diperolehi ialah borang senarai semak untuk pemerhatian, rekod anekdot, dan soalan protokol temu bual. Hasil dapatan menunjukkan pembelajaran inkuiri berasaskan projek menggunakan modul ini mudah dijalankan. Dengan adanya modul ini, pembelajaran dapat dijalankan secara tidak langsung dengan kanak-kanak. Susunan modul yang teratur dan terancang dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak dalam sesebuah topik itu dan dapat belajar dengan berbagai aktiviti yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga lebih bersemangat untuk menjalankan projek kerana mereka telah memahami projek yang mereka akan lakukan dengan adanya empat fasa dalam pembelajaran inkuiri berasaskan projek ini. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada semua pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, guru, ibu bapa untuk menitik beratkan strategi pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan kefahaman dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran.</p> <p style="text-align: justify;"><em>This study was conducted to look at the use of project-based inquiry learning module on 4-year-old children and find out the knowledge of children and parents about project-based inquiry learning. This study uses a qualitative design that uses a case study approach. In this study there are four data collection methods used to collect data to answer the research questions submitted, such as observations, interviews, document analysis and anecdotal records. In this study a total of five participants were involved, two boys, two girls, as well as a mother from one of the children who were the participants in this study. This study was conducted at the participant’s residence itself located in the district of Kuala Kedah, Kedah. The instruments used to record the data obtained were checklist forms for observations, anecdotal records, and interview protocol questions. The findings show that project-based inquiry learning using this module is easy to carry out. With this module, learning can be carried out indirectly with children. An orderly and organized arrangement of modules can enhance children’s understanding of a topic and can learn with a variety of fun activities. Children are also more enthusiastic to carry out projects because they have understood the project they will do with the four phases in inquiry learning based on this project. Therefore, it is hoped that this study can contribute to all parties involved such as the Ministry of Education Malaysia, schools, teachers, parents to emphasize the appropriate learning strategies to increase children’s understanding and interest in learning.</em></p>}, journal={Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan}, author={Mohamed, Nur Najwa and Mohamad Jaafar, Anis Norma}, year={2020}, month={Dec.}, pages={73–90} }