TY - JOUR AU - Mat Seri, Maszlyana Edayu AU - Mamat, Nordin AU - Omar, Romarzila AU - Kamaruddin, Noralina PY - 2020/12/15 Y2 - 2024/03/29 TI - Persepsi ibu bapa terhadap kualiti taman asuhan kanak-kanak (taska) di Malaysia: Parental perception towards the quality of taska in Malaysia JF - Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan JA - JPAKK VL - 9 IS - 0 SE - Articles DO - UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4541 SP - 91-105 AB - <p style="text-align: justify;">Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi ibu bapa terhadap kualiti Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Malaysia. Pengkaji memilih teori hierarki keperluan Maslow dan teori ekologi Bronfenbrenner bagi kajian ini yang berkait rapat dengan keperluan serta faktor persekitaran kanak-kanak. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Populasi bagi kajian ini adalah 48 orang daripada kalangan ibu bapa di Taman Melati, Kajang, Selangor yang mempunyai anak di TASKA. Pengkaji menggunakan satu instrumen sahaja bagi kajian ini iaitu soal selidik. Pengkaji telah membahagikan bahagian B kepada lima aspek kecil iaitu yuran di TASKA, pengasuhan dan pendidikan di TASKA, polisi dan peraturan TASKA, keselamatan, kebersihan dan kesihatan dan aspek terakhir makanan dan penyediaan makanan. Dapatan kajian bagi Yuran di TASKA menunjukkan bilangan majoriti responden yang sangat bersetuju dan bersetuju adalah seramai 26 orang (54.2%). Manakala bagi pengasuhan dan Pendidikan di TASKA, bilangan responden yang bersetuju semakin berkurangan. Dapatan kajian bagi polisi dan peraturan TASKA menunjukkan bilangan tertinggi bagi responden yang bersetuju adalah seramai 23 orang (47.9%), manakala Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan adalah seramai 28 orang responden (58.3%) sangat bersetuju. Majoriti responden memilih untuk bersetuju dengan makanan dan penyediaan makanan iaitu jumlah yang tertinggi adalah seramai 27 orang (56.3%). Kesimpulannya, majoriti responden iaitu ibu bapa di Taman Melati, Kajang, Selangor yang mempunyai anak di TASKA berpendapat&nbsp; TASKA di Malaysia adalah berkualiti.</p><p style="text-align: justify;"><em>The study is aimed to know the parental perception towards the quality of TASKA in Malaysia. By adopting the Hierarchy of Needs by Maslow and ecological system theory by Bronfenbrenner, this study is related with the needs and environmental factors of children development. By using a quantitative methodology, a survey was conducted among parents in the area of Taman Melati, Kajang Selangor. 48 participants among parents who send their children to the TASKA were participated to answer the survey form in to explore their perception towards the issue. There five aspects is considered; care and education, rules and regulation, safety, hygiene and health and food preparation. The finding showed that for care and education, and rules and regulation perceived 54.2% strongly agreed and agreed, where for safety (47.9%), hygiene and health (58.3%) were strongly agreed and agreed, respectively. The highest aspect was food preparation with 56.3%. To conclude, most of the parents agreed that the quality of the TASKA is good.</em></p> ER -