https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/issue/feedJurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan2025-01-03T09:02:43+00:00Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Masnanpenerbitan.ncdrc@upsi.edu.myOpen Journal Systems
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (JPAKK) [ISSN 2289-3032 eISSN 2550-178X] began its first issue in 2012. JPAKK published twice a year (April & October started 2024), scholarly peer-reviewed publication, with an Editorial Board comprised of eminent scholars and is managed by the National Child Development Research Centre (NCDRC) of Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sultan Idris Education University, Malaysia) with the support of Penerbit UPSI (UPSI Press). JPAKK is a local voice for both research and practice concerning early childhood education. This refereed journal extends across various social/cultural contexts and contributes to the national debate on holistic development for young children. This local voice for children explores a range of topics such as multicultural issues, indigenous early education, children’s learning, sustainable development, advocacy, and other issues involving early childhood education for the world’s children.

JPAKK supports Open Access. The electronic full text version of the journal is available Free of Charge (FOC).

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/10017Kepentingan pengetahuan guru dalam pelaksanaan pedagogi terbeza di prasekolah2024-10-27T02:09:06+00:00Norliza Ahmadnorliza79ahmad@gmail.comZaharah Osmanzaharah@fpm.upsi.edu.my
Pengetahuan dan kefahaman guru prasekolah tentang kecerdasan pelbagai murid memainkan peranan penting dalam meningkatkan amalan pedagogi terbeza yang memenuhi keperluan serta kebolehan murid yang pelbagai. Kertas konsep ini bertujuan meneroka kepentingan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap konsep pedagogi terbeza dan hubungannya dengan kecerdasan pelbagai murid dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Hasil analisis daripada sorotan kajian literatur menunjukkan bahawa pengetahuan dan kefahaman guru terhadap kecerdasan pelbagai murid seperti yang dicadangkan oleh Howard Gardner, secara langsung mempengaruhi pemilihan strategi pedagogi terbeza. Penemuan ini juga menegaskan bahawa amalan pedagogi guru dengan mengambil kira pengetahuan tersebut dapat menyokong perkembangan holistik murid di dalam kelas. Artikel ini turut mendedahkan pemahaman guru yang mendalam tentang profil kecerdasan murid dapat memilih strategi pengajaran yang sesuai malah bukan sahaja memenuhi keperluan kognitif dan minat murid, tetapi juga memupuk persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pedagogi terbeza di prasekolah, guru perlu diberikan latihan yang lebih komprehensif mengenai kecerdasan pelbagai untuk diintegrasikan dalam pengajaran harian mereka. Kajian ini juga mencadangkan perlunya penyediaan sumber yang mencukupi dan sokongan berterusan untuk guru bagi mengatasi cabaran dalam melaksanakan pedagogi terbeza.
2025-01-03T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 Norliza Ahmad, Zaharah Osmanhttps://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/10012Analisis keperluan: Penguasaan kemahiran pratulis kanak-kanak prasekolah2024-10-29T03:42:59+00:00Wan Noor Syamimi Wan Zamani Normimieyzamani@gmail.comZaharah Osmanzaharah@fpm.upsi.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dalam penguasaan kemahiran pratulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berumur 5 tahun. Instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik yang melibatkan 30 orang guru prasekolah. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif menggunakan peratusan deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian menunjukkan maklum balas positif daripada guru-guru prasekolah terhadap keperluan meningkatkan kemahiran pratulis kanak-kanak. Majoriti guru bersetuju dengan item-item yang dinyatakan, dengan nilai peratusan yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa aspek penguasaan kemahiran pratulis adalah kritikal dan perlu diberikan perhatian dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Implikasi kajian menunjukkan bahawa usaha meningkatkan kemahiran pratulis berpotensi memberikan kesan positif kepada perkembangan awal kanak-kanak. Intervensi yang sesuai dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran pratulis. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan keperluan asas literasi awal yang kukuh bagi memastikan kanak-kanak lebih bersedia untuk memasuki pendidikan formal dengan kemahiran pratulis yang mantap.
2025-01-03T00:00:00+00:00Copyright (c) 2025 Wan Noor Syamimi Binti Wan Zamani Nor, Zaharah Binti Osmanhttps://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/9674Kerangka garis panduan pengiklanan produk makanan kanak-kanak di media sosial2024-10-27T02:31:23+00:00Mohd Yusri Mohd Yusofyusrimmkhar1617@gmail.comNor Azah Abdul Azizazah@meta.upsi.edu.my
Secara umumnya, Malaysia masih belum mempunyai garis panduan khusus bagi pengiklanan produk makanan dan minuman kepada kanak-kanak di media sosial. Ini berbeza dengan negara lain seperti United Kingdom (UK), Australia dan Singapura yang sudah mempunyai garis panduan khas bagi pengiklanan produk makanan dan minuman kepada kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti garis panduan pengiklanan sedia ada bagi pengiklanan produk makanan kanak-kanak di media sosial dan membangunkan kerangka garis panduan pengiklanan yang baharu bagi produk makanan kanak-kanak di media sosial. Ia bertujuan memudahkan pengiklan dalam menghasilkan dan menerbitkan iklan yang mencapai tahap piawaian yang betul. Kaedah kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan menggunakan dua kaedah kajian iaitu temu bual secara semi struktur dan analisis dokumen. Proses pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual dengan kumpulan pakar seramai enam orang bagi menghasilkan kerangka garis panduan pengiklanan yang baharu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam kriteria garis panduan pengiklanan yang berkesan, lima kategori utama yang perlu disertakan dalam garis panduan pengiklanan yang baharu, dan sembilan aspek penting dalam pembangunan kerangka garis panduan pengiklanan yang baharu. Kesemua pakar bersetuju bahawa di Malaysia, pemantauan berada pada tahap yang rendah berkaitan dengan garis panduan pengiklanan makanan yang sedia ada. Mereka juga bersetuju bahawa media sosial seperti TikTok dan YouTube banyak diakses oleh kanak-kanak di Malaysia pada masa kini. Dengan adanya cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini, ia dapat dijadikan panduan kepada pengiklan dalam menghasilkan dan menerbitkan iklan yang mencapai tahap piawaian yang betul.
2025-01-03T00:00:00+00:00Copyright (c) 2025 Mohd Yusri Mohd Yusof, Nor Azah Abdul Aziz