TY - JOUR AU - Abdul Malek, NoorFarah Asmira PY - 2020/04/06 Y2 - 2024/03/29 TI - Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma JF - Jurnal Pendidikan Bitara UPSI JA - JPB VL - 13 IS - 1 SE - Articles DO - 10.37134/bitara.vol13.1.5.2020 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view/3114 SP - 36-53 AB - <p style="text-align: justify;">Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktrem. Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan elemen-elemen amalan zikir yang telah dibangunkan dalam Garis Panduan Guru terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bermasalah tingkah laku agresif di sebuah TADIKA berkonsep Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dua fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah Fasa analisis keperluan dan pembangunan garis panduan guru (Fasa I) dan Fasa penilaian garis panduan guru (Fasa II). Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan 12 orang responden yang terdiri daripada enam orang guru dan enam orang ibu terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, senarai semak kanak-kanak agresif dan set soalan temu bual. Hasil temu bual bersama responden dalam Fasa I telah dapat membangunkan Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Kanak-kanak serta Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Guru (Surah-surah) dan (Asmaul Husna). Hasil temu bual dalam Fasa II menunjukkan responden telah dapat melaksanakan amalan-amalan zikir yang terdiri daripada bacaan surah-surah seperti al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Insyirah dan selawat nabi serta beberapa kalimah Asmaul husna bagi mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang dibimbing guru untuk melakukan amalan-amalan zikir seperti bertahmid, bertakbir, bertahlil, berselawat, beristighfar dan bertasbih telah dapat mengawal tingkah laku beremosi untuk menjadi lebih terkawal. Kesimpulannya, Garis Panduan Guru ini membantu mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak di TADIKA ini supaya menjadi lebih terkawal. Implikasi kajian ini adalah kerjasama yang lebih erat diperlukan oleh guru dan ibu bapa bagi melaksanakan amalan zikir ini di TADIKA serta rumah supaya tingkah laku agresif kanak-kanak dapat dikawal.</p> ER -