@article{Aminuddin_Md. Sabil_Jamian_2021, title={Pemahaman Interaksi Lisan dalam Pengajaran Pensyarah Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru: Oral Comprehension Interactions in Teaching Course Lecturer in Malay Teachers Institute of Education}, volume={17}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5498}, DOI={10.37134/peradaban.vol17.2.2.2022}, abstractNote={<p>Penguasaan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di bilik kuliah  merupakan satu proses penyampaian ilmu pengajaran  yang berlaku secara dua hala. Interaksi lisan menjadi medium utama memindahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam pelbagai konteks pengajaran. Kajian ini membincangkan tentang pemahaman dan merumuskan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Roselan Baki (2003).  Teknik teknik interaksi lisan Roselan Baki (2003) mempunyai sembilan pendekatan yang boleh menjadi amalan pengajaran iaitu penerangan, penyoalan, kawalan, penggiliran, pengulangan, arahan, pencungkilan idea,perbincangan dan penilaian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk pendekatan kualitatif dengan mengkaji satu kes pelbagai tempat dengan melibatkan empat orang pensyarah kursus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai informan kajian. Teknik persampelan bertujuan dengan beberapa kriteria tertentu sebagai pemilihan sampel yang bersesuai dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian ini menggunakan kaedah temu bual semi berstruktur secara mendalam. Protokol temu bual mengandungi dua konstruk kajian yang penting dengan meneroka amalan dan teknik interaksi lisan dalam pengajaran pensyarah.  Pengkaji menggunakan alat perisian <em>NVIVO 12</em> untuk menganalisis data mengikut tema dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik interaksi lisan sememangnya menjadi amalan dalam  pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah bahasa Melayu. Kepelbagaian penggunaan teknik interaksi lisan pensyarah menjadi amalan terbaik dan melahirkan kemenjadian graduan berkualiti di institutsi pendidikan. Oleh itu, kepelbagaian dan kreativiti seorang pensyarah dapat menghasilkan pendekatan, kaedah, kemahiran, teknik dan aktiviti pengajaran yang menarik minat pelajar.</p>}, number={2}, journal={Jurnal Peradaban Melayu}, author={Aminuddin, Zarien Nurlieyana and Md. Sabil, Azhar and Jamian, Abdul Rasid}, year={2021}, month={Dec.}, pages={12–21} }