Jurnal Peradaban Melayu https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Peradaban Melayu [ISSN 1675-4271 / eISSN 3030-5950] published since 2003 by Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. This journal covers writing and research by the scholars that stressed on Malay civilization especially in Malay language, culture, nation and civilization. This journal also focuses on matters that related to traditional arts, Malay literature, traditional games, Malay figures and philosophy, beliefs and practices. This journal reviewed based on the double-blind review and published online twice a year (June & December) by UPSI Press for Institut Peradaban Melayu since 2015.

Peradaban supports Open Access. The electronic full text version of the journal is available Free of Charge (FOC).

PKM UPSI en-US Jurnal Peradaban Melayu 1675-4271 Mahasiswa, Slanga, Pembentangan Kumpulan Berbahasa Melayu dan Pragmatik (Teori Relevans) https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9734
Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan pilihan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah keseluruhan 510 mahasiswa. Data dikumpul secara dalam talian melalui platform “Google Forms” dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa slanga sering digunakan oleh mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam pembentangan berbahasa Melayu. Mereka percaya penggunaan slanga boleh mempengaruhi pemahaman audiens serta memberi impak positif kepada gaya dan keberkesanan pembentangan. Responden juga menekankan bahawa, pensyarah perlu memberi perhatian serius terhadap penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan dalam bahasa Melayu. Kesimpulannya, menurut Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986), penggunaan slanga memudahkan komunikasi dengan mengurangkan usaha pemprosesan pendengar. Namun begitu, dalam konteks akademik, penggunaan bahasa formal tanpa slanga lebih relevan kerana mengurangkan risiko salah faham dan memastikan kejelasan maklumat.
Muhammad Zaid Daud Mohamad Fahkri Aiman Yasir Aqil Danial Emran Amir Haziq Nordin Muhammad Zahirul Ikhwan Abdul Halim Noor Hanisha Jasni Erwan Ismail Shahrulanuar Mohamed Nur Farain Ali Al Amin Mohamed Sultan Mary Fatimah Subet Copyright (c) 2024 Muhammad Zaid Daud, Mohamad Fahkri Aiman Yasir, Aqil Danial Emran, Amir Haziq Nordin, Muhammad Zahirul Ikhwan Abdul Halim, Noor Hanisha Jasni, Erwan Ismail, Shahrulanuar Mohamed, Nur Farain Ali, Al Amin Mohamed Sultan, Mary Fatimah Subet http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-12-12 2024-12-12 19 2 1 14 10.37134/peradaban.vol19.2.1.2024 Inisiatif untuk Menangani Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pasca Pandemik Covid-19 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9749
Makalah ini bertujuan membincangkan inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca Pandemik Covid-19. Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual berstruktur dilakukan kepada tiga orang guru subjek Bahasa Melayu yang kesemuanya berpengalaman lebih 15 tahun. Kaedah kepustakaan pula dilakukan dengan merujuk pelbagai bahan bertulis yang berautoriti berkenaan kemahiran membaca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan mentranskripsikan semula semua maklumat yang diperolehi daripada informan melalui sesi temu bual. Hasil kajian menunjukkan antara inisiatif yang efektif untuk meningkat kemahiran membaca pada pandangan guru-guru ialah (i) teknik bacaan fonik, (ii) pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, (iii) teknik pandang sebut, dan (iv) latih tubi. Dari segi implikasi, kajian ini berusaha membuka mata semua pihak untuk merangka pelbagai inisiatif bagi menangani masalah membaca dalam kalangan murid pasca pandemik Covid-19 bertujuan membantu meningkatkan tahap penguasaan membaca murid.
Wan Alia Zukrina Wan Fauzi Nur Farahkhanna Mohd Rusli Copyright (c) 2024 Wan Alia Zukrina Wan Fauzi, Nur Farahkhanna Mohd Rusli http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-12-12 2024-12-12 19 2 15 23 10.37134/peradaban.vol19.2.2.2024