Jurnal Peradaban Melayu https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Peradaban Melayu [ISSN 1675-4271 / eISSN 3030-5950] published since 2003 by Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. This journal covers writing and research by the scholars that stressed on Malay civilization especially in Malay language, culture, nation and civilization. This journal also focuses on matters that related to traditional arts, Malay literature, traditional games, Malay figures and philosophy, beliefs and practices. This journal reviewed based on the double-blind review and published online twice a year (June & December) by UPSI Press for Institut Peradaban Melayu since 2015.

Peradaban supports Open Access. The electronic full text version of the journal is available Free of Charge (FOC).

en-US ce.jpm@ipm.upsi.edu.my (Profesor Dr. Tajul Shuhaizam Said) me.ejournal@upsi.edu.my (UPSI Press (Pejabat Karang Mengarang)) Thu, 25 Apr 2024 00:00:00 +0000 OJS 3.3.0.11 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Kreativiti dalam Penghasilan Motif Songket Rajang Etnik Melanau oleh Saanah Suhaili https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9627
Kajian ini memfokuskan kepada kelestarian seni Songket Rajang etnik Melanau di Sarawak menerusi pengahsilan seni tenunan dari segi motif, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya. Tujuan utama kajian ini ialah untuk meningkatkan taraf seni Songket Rajang etnik Melanau kepada peringkat yang lebih tinggi dan memberikan pendedahan kepada etnik Melanau serta masyarakat Sarawak. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kepakaran lokal etnik ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kreativiti seni Songket Rajang di Sarawak. Keunikan seni Songket Rajang ini sebenarnya terletak pada cara penghasilannya dan reka corak eksklusif yang tidak akan sama dengan songket yang sedia ada. Motif-motif tradisional etnik ini dapat digambarkan pada permukaan kain Songket Rajang berfungsi mencerminkan konteks kebudayaan etnik Melanau dan memberikan kepercayaan yang diadaptasikan pada Songket Rajang. Kaedah kualitatif menerusi pendekatan etnografi telah membuktikan bahawa motif-moitf yang diadaptasikan dalam konteks kebudayaan dan kepercayaan merupakan identiti etnik mereka dalam penghasilan Songket Rajang. Kelestarian dalam penghasilan Songket Rajang etnik Melanau dalam konteks budaya dan kepercayaan adalah satu kepakaran lokal terhadap ketelitian penghasilan songket bagi meningkatkan martabat Songket Rajang dalam masyarakat Sarawak.
Siti Norhaliza Safri, Harozila Ramli Copyright (c) 2024 Siti Norhaliza Safri, Harozila Ramli http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9627 Thu, 25 Apr 2024 00:00:00 +0000 Exploring Cement-Based Composites: Innovative Applications in Visual Arts Education https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9151
This article explores the application of cement-based composites as an innovative crafting medium in pottery, 3D wall hangings, sculptures, and relief murals. This problem-solving visual arts pedagogy serves to provide insights to teachers and students on viewing cement-based composites as an alternative to clay and concrete. This new knowledge aims to inform innovative approaches to the role of the visual arts education. Cement-based composites involving the use of recycled paper, sawdust and Styrofoam, offer a platform for artistic expression and sustainability in the crafting realm. The article discusses the material composition, properties, crafting techniques, and artistic possibilities inherent in cement-based composites across each application. In the light of encouraging sustainable and eco-friendly projects, papercrete has been found to be a versatile and transformative crafting medium for various projects. This study has also uncovered an implicit interconnectivity between innovation and creativity, art practices and meaningful learning in classroom.
Sailaja A/P Ramachandran, Nor Syazwani binti Mat Salleh, Noor Azlin Iryani binti Mohd Nor Copyright (c) 2024 Sailaja A/P Ramachandran, Nor Syazwani binti Mat Salleh, Noor Azlin Iryani binti Mohd Nor http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9151 Fri, 26 Apr 2024 00:00:00 +0000 Keunggulan Kepengarangan Drama Renjong Berasaskan Prinsip Kehadiran Teori Teksdealisme https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9642
Kajian membincangkan tentang Teori Teksdealisme yang telah diilhamkan oleh pengkritik teks sastera tanah air iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana. Teori Teksdealisme merupakan teori asas dalam pengkajian teks sastera seperti teks drama, novel dan cerpen. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen kehadiran dalam prinsip Teori Teksdealisme sebagai pendedahan awal bagi sesuatu kajian teks yang hendak dilakukan. Kefahaman Teori Teksdealisme boleh membantu penyelidikan dalam teks sastera yang ingin dikaji. Kepentingan kajian ini ialah Teori Teksdealisme dapat memberi panduan asas tentang instrumen yang sesuai dan boleh digunakan dalam proses kajian teks sastera. Teori Teksdealisme mengandungi prinsip-prinsip yang diketengahkan bagi pengukuran sesuatu teks sastera. Antara prinsip yang dibincangkan dalam kajian ini adalah prinsip kehadiran dan memberi fokus kepada aspek patriotisme yang terdapat dalam teks Kumpulan Drama Renjong. Penggunaan elemen kehadiran dari Teori Teksdealisme ini akan dapat melihat keunggulan penulis dan penulisan karya sesuatu teks sastera dari konteks sumber pemikiran yang dilahirkan. Selain itu dapat mencerminkan pemikiran pengarang dalam kebijaksanaan dan pencetusan idea yang berani, tulus dan mempunyai kelainan bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu dan diterima oleh khalayak. Pendedahan asas ini penting untuk generasi baru agar dapat inspirasi untuk membuat kajian berkaitan dengan teks sastera. Ia secara tidak langsung akan menjadi garis panduan bagi menilai teks sastera dan landasan bagi penulis agar dapat menghasilkan karya lebih baik dan bermutu tinggi pada masa-masa akan datang.
Mohd Fazil bin Musa Copyright (c) 2024 Mohd Fazil bin Musa http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9642 Fri, 26 Apr 2024 00:00:00 +0000 Model Praktis Studio Seramik dalam Pembentukan Kreativiti Artistik berasaskan Tanah Liat Alternatif https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9918
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan tahap kejayaan model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik berasaskan tanah liat alternatif. Kejayaan ini menfokuskan kepada pengaplikasian penggunaan tanah liat alternatif terhadap penghasilan karya seni kreatif seramik dengan mengaplikasikan teknik kemahiran tangan. Pengaplikasian ini dilihat daripada soal selidik, pemerhatian dan analisis yang dilakukan sepanjang tempoh kajian dijalankan bagi mewujudkan aura dan minat untuk berkarya. Hasil kajian ini berlandaskan eksperimentasi bersandarkan model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik terhadap penghasilan karya seni kreatif melalui bimbingan dan dorongan. Terdapat 5 aspek utama iaitu eksplorasi, praktis,aplikasi,teknik dan produk yang perlu dilalui. Hasil dapatan kajian menunjukan kejayaan penghasilan karya seni kreatif berbentuk karya seramik dari segi reka corak dan penggunaan glazing yang menimbulkan nilai estetika terhadap kesan yang diaplikasikan. Impak yang menarik terhadap penggunaan teknik kemahiran tangan juga dapat dikembangkan secara meluas. Kejayaan terhadap pengaplikasian penghasilan karya seramik berbentuk abstrak dan surealisme dapat dihasilkan secara khusus. Kejayaan ini dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih meluas agar pihak tertentu memandang serta menjadikan sebagai salah satu prosedur khusus untuk membangunkan bakat seseorang itu kearah yang kreatif dan berdaya saing menjelang 2030.
Muhammad Safwan Mohd Shariff , Harozila Ramli, Ahmad Akmal Haziq Hanafi Copyright (c) 2024 Muhammad Safwan Mohd Shariff , Harozila Ramli, Ahmad Akmal Haziq Hanafi http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9918 Tue, 30 Apr 2024 00:00:00 +0000 Blok Batik: Identiti dan Kreativiti Adiguru Ghani https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9632
Blok Batik merupakan satu artifak seni yang digunakan untuk mengecop pada permukaan fabrik khususnya dalam dunia membatik. Keunikan seni blok batik dapat dilihat dari segi penggunaan material, iaitu bermula dari ubi kentang kepada kayu sehingga ditransformasikan kepada tembaga. Keunikan kesenian blok batik ini dapat dilihat menerusi satu kajian melalui blok batik Adiguru Ghani. Kepakaran Adiguru Ghani ini memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk memperlihat kepakaran lokal dalam mempengaruhi kreativiti dan identiti masyarakat Melayu dalam seni blok batik di Malaysia. Melalui perkembangan transformasi blok batik, reka corak, reka bentuk, bahan, saiz dan fungsi yang berlaku dapat diterjemahkan melalui karya blok batik Adiguru Ghani. Penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih daerah Pasir Mas, Kelantan sebagai pusat kajian. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian artifak, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh persekitaran, permintaan serta perkembangan teknologi yang menyebabkan inovasi kreativiti pada blok batik ciptaan Adiguru Ghani. Kesimpulan daripada kajian ini berjaya merungkai kreativiti blok batik dan memberi pendedahan serta impak pada potensi blok batik. Implikasi dari kajian ini berjaya memartabatkan dan melestarikan warisan kraf negara agar boleh dihayati oleh generasi akan datang.
Harozila Ramli, Mohd Sazali Mohd Yusop Copyright (c) 2024 Harozila Ramli, Mohd Sazali Mohd Yusop http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9632 Tue, 30 Apr 2024 00:00:00 +0000 Elemen Sosial Budaya menerusi karya Lukisan Batik oleh Yusoff Abdullah https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9115
Karya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting dan teknik cetakan skrin. Pemilihan bahan pewarna kimia yang kontras dan penerapan teknik retakan lilin turut menyerlahkan suasana dan dimensi dalam setiap karyanya. Dengan menggunakan elemen sosial budaya, Yusoff Abdullah berjaya menghasilkan karya seni Catan Batik yang unik, membezakannya dari pelukis lain, dan menekankan kepentingan untuk terus memelihara serta menghargai warisan budaya masyarakat.
Harozila Ramli Copyright (c) 2024 Harozila Ramli http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9115 Tue, 30 Apr 2024 00:00:00 +0000 Pendidikan Estetika dalam Penciptaan Karya berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/8614
Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mendapati terdapat 3 fungsi utama yang telah dihuraikan. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Kemasyarakatan. Naluri Kemasyarakatan hadir dalam 5 buah karya, Naluri Kerohanian (4), Naluri Kemanusiaan (4), Naluri Keindividualan (2), Naluri Keintelektualan (2), Naluri Kealaman (3) dan Naluri Keindahan sebanyak 4 karya. Kajian ini mencadangkan Model Proses Kreatif Teksnaluri digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan proses kreatif dan kepengarangan dalam penciptaan karya ke atas penulis lain.

Kata Kunci : Pendidikan Estetika, Teksnaluri, Model Proses Kreatif Teksnaluri, penciptaan karya
Nur Amira Mohd , Ghazali Din Copyright (c) 2024 Nur Amira Mohd , Ghazali Din http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/8614 Tue, 30 Apr 2024 00:00:00 +0000 Pendidikan Sekolah Inggeris Anak-Anak Orang Melayu di Kelantan 1909 Hingga 1957 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/10120
Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan Al-Quran keutamaan kepada ilmu akhirat dan berpegang kepada tauhid serta mendahulukan keagamaan. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan. Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Di Sekolah Inggeris anak-anak orang melayu di Kelantan 1909 hingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pendidikan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris daerah Kelantan. Selain itu, kajian ini menganalisis penglibatan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris sehingga Merdeka pada tahun 1957. Seterusnya menganalisis isu dan masalah pendidikan inggeris ke atas anak orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan di perpustakaan dan arkib. Maklumat-maklumat tersebutdiperoleh melalui sumber primer dan sekunder. Sumber primer tersebut merujuk kepada analisis dokumen seperti Colonial Office (CO), Annual Report, dan fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dari Arkib Negara Malaysia. Selain itu, sumber sekunder seperti penulisan ilmiah dari Arkib Negara Malaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut digunakan. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan seperti di sekolah-sekolah yang dikaji. Hasil kajian akan diperolehi setelah meneliti dan membuat kesahan data yang dikumpulkan. Pada awalnya, daerah di Kelantan mengamalkan sistem pendidikan secara tidak formal dan secara tradisional iaitu pengajian secara tidak langsung, pengajian di pondok-pondok dan di masjid-masjid. Namun setelah kemasukan British, sistem pendidikan Inggeris yang diperkenalkan olehnya memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu untuk mempelajari pelajaran Inggeris bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat pendidikan anak-anak orang Melayu di sekolah Inggeris daerah Kelantan yang dibawa oleh British bagi membantu melicinkan pentadbiran negeri serta meningkatkan taraf hidup masyarakat daerah Kelantan sepanjang pendudukan British di Kelantan khususnya daerah Kota Bahru.
Anannudin Ashari, Khairi Ariffin Copyright (c) 2024 Anannudin Ashari, Khairi Ariffin http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/10120 Tue, 30 Apr 2024 00:00:00 +0000