@article{Mohd. Tajudin_Puteh_Adnan_Lee Abdullah_Ibrahim_2015, title={Persepsi dan Amalan Pengajaran Guru Matematik dalam Penyelesaian Masalah Algebra: Perception and Practice of Teaching Mathematics in Solving Algebra Problems}, volume={5}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2148}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Penyelesaian Masalah Algebra (PMA) merupakan topik tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan amalan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran PMA di sekolah menengah Malaysia. Seramai 18 orang guru matematik dipilih secara teknik persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual secara separa berstruktur digunakan bagi mengumpul data. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis konten. Dapatan menunjukkan guru berpandangan bahawa pengajaran PMA di sekolah adalah penting dan menjadi nadi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru juga berpandangan, konsep algebra perlu diajar dengan cara yang berkesan agar mudah difahami pelajar. Kebanyakan guru didapati mengamalkan pengajaran menggunakan model Polya dalam pengajaran PMA yang melibatkan empat langkah yang terdapat dalam model tersebut untuk menyelesaikan masalah matematik. Walau bagaimanapun, terdapat strategi baru yang mereka terokai berasaskan pengalaman dan kolaborasi bersama guru matematik lain di sekolah seperti kaedah praktikal dan simulasi. Kajian ini memberi indikasi bahawa amalan pengajaran yang dipamerkan oleh guru adalah sangat penting dan mampu membantu pelajar dalam mengukuhkan pembelajaran PMA dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.</p>}, number={2}, journal={Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia}, author={Mohd. Tajudin, Nor’ain and Puteh, Marzita and Adnan, Mazlini and Lee Abdullah, Mohd Faizal Nizam and Ibrahim, Amalina}, year={2015}, month={Oct.}, pages={12–22} }