@article{Mohamad Marzuki_Mhod Shukri_Taha_2019, title={Gaya pengajaran Grasha dalam kalangan pensyarah sains di Kolej Pra-Universiti di Pulau Pinang}, volume={9}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2987}, DOI={10.37134/jpsmm.vol9.2.3.2019}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Kemerosotan pelajar dalam bidang STEM di Malaysia pada masa kini amat membimbangkan. Kolej matrikulasi sebagai kolej pra-universiti memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang tersebut. Justeru, peranan pensyarah sains sangat penting untuk memberikan penyampaian P&P yang terbaik kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya pengajaran yang diamalkan dalam kalangan pensyarah sains di kolej pra-universiti di Pulau Pinang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif den menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Soal Selidik Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann 1994 yang mengandungi 40 item digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian mendapati gaya pengajaran dominan pensyarah subjek sains adalah gaya pengajaran pakar, diikuti gaya pengajaran model peribadi, gaya pengajaran fasilitator dan gaya pengajaran delegator. Manakala gaya pengajaran autoriti formal merupakan gaya yang paling kurang diamalkan oleh pensyarah. Analisis Spearman’s-rho pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran dengan pengalaman mengajar (r = 0.089), dan kelayakan ikhtisas (r = 0.193). Selain itu, ujian Mann-Whitney U melaporkan tiada perbezaan signifikan antara gaya pengajaran dengan jantina (p > 0.05).</p>}, number={2}, journal={Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia}, author={Mohamad Marzuki, Anis Humaira and Mhod Shukri, Nurhazwani and Taha, Hafsah}, year={2019}, month={Dec.}, pages={16–24} }