@article{Binti Jalaluddin_Binti Che Ahmad_2016, title={Model Struktural Pembelajaran Biologi: A Structural Model of Biology Learning}, volume={4}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/425}, abstractNote={<p class="p1" style="text-align: justify;">Kajian telah dijalankan bagi mengkaji hubungan antara konstruk konsep kendiri akademik, hubungan guru-pelajar dan libatsama terhadap tahap pencapaian pembelajaran biologi seperti yang diusulkan dalam model struktural pembelajaran biologi. Kajian ini juga bertujuan menguji sama ada libatsama adalah pembolehubah penengah di antara hubungan konsep kendiri akademik, dan pembolehubah hubungan guru-pelajar terhadap pencapaian pelajar dalam bidang biologi. Ketiga-tiga konstruk ini dipercayai saling berkait dan dijangka memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian biologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Pendekatan kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk tinjauan. Sampel terdiri daripada 500 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek biologi. Responden dipilih secara rawak kelompok. Terdapat 4 jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu; 1) soal selidik konsep-kendiri akademik, 2) soal selidik hubungan guru-pelajar, 3) soal selidik libatsama dan 4) tahap pencapaian pelajar akan diukur berdasarkan markah biologi pelajar dalam peperiksaan akhir tahun. Keputusan kajian rintis menunjukkan instrumen-instrumen ini mempunyai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang memuaskan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan analisis model persamaan berstruktur bagi mengenalpasti hubungan dan laluan antara pembolehubah-pembolehubah yang diuji. Hasil dapatan kajian ini diharap akan menyumbangkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai pembelajaran biologi serta memberi maklumat yang mungkin membantu meningkatkan pencapaian biologi pelajar bersandarkan model struktural pembelajaran biologi yang bakal dibentuk, yang mana merangkumi keempat-empat pembolehubah yang dikaji.</p> <p class="p1">-------------------------------------------------------------------------------------------</p> <p class="p1" style="text-align: justify;">This study examined the relationship between academic self-concept, student-teacher relationship, engagement and achievement in biology among form four students as proposed in the Biology Learning Model. The role of engagement as a possible mediator in the model was also tested. This quantitative survey was conducted on 500 form four biology students, drawn randomly. Data where collected using four types of instruments: 1) academic self-concept questionnaire 2) student-teacher relationship questionnaire 3) students’ engagement questionnaire and 4) students’ achievement in biology based on their final examination marks. Results from the pilot study conducted supported the content validity and reliability of the instruments used. Data were analysed using both descriptive statistics and Structural Equation Modeling (SEM) technique. It is hoped that this study will offer a further understanding of biology learning and help improving student’s  achievement in biology by considering the suggested structural model of biology learning, which consisted all the variable examined.</p>}, journal={Journal of Science and Mathematics Letters}, author={Binti Jalaluddin, Siti Norafizan and Binti Che Ahmad, Che Nidzam}, year={2016}, month={Dec.}, pages={63–70} }