Visual Foto Penderaan Kanak-Kanak: Kesedaran dan Pendidikan Terhadap Masyarakat di Malaysia

Photographs of Abused Children: Awareness and Education in Malaysian Society

Authors

  • Noor Zulaika Zulkhifli Merican
  • Mohd Zaihidee Arshad

Keywords:

visual foto, penderaan, kanak-kanak, emosi

Abstract

Kajian ini adalah mengenai peranan komunikasi visual di dalam visual foto penderaan kanak-kanak. Elemen visual membuktikan isu penderaan kanak-kanak dan mendidik memberi kesedaran terhadap masyarakat di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif. Model Kari Killen digunakan bagi menerangkan dunia kanak-kanak yang berkait rapat dengan isu penderaan kanak-kanak. Teori komunikasi visual dan pendidikan seni visual digunakan terhadap penderaan kanak-kanak serta keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pemilihan terhadap 50 keping visual foto penderaan kanak-kanak yang bersesuaian, digunakan bagi menyampaikan mesej yang positif kepada masyarakat. Sesi temu bual dan soal selidik dilakukan pada sampel kajian melalui 10 orang kanakkanak yang didera, ibu bapa dan doktor yang terlibat dalam kes penderaan kanakkanak. Kajian lapangan dilakukan di 6 buah negeri berdasarkan kepada pemerhatian catatan tertinggi kes penderaan yang berlaku di Malaysia. Dapatan kajian akan dijadikan bahan rujukan kepada pihak-pihak tertentu, sebagai satu medium fotografi yang diyakini dan medium pemujukan dalam mendidik masyarakat. Hasil kajian juga diharapkan dapat mendidik serta memberi kesan mendalam terhadap emosi khususnya ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Zulkhifli Merican, N. Z., & Arshad, M. Z. (2019). Visual Foto Penderaan Kanak-Kanak: Kesedaran dan Pendidikan Terhadap Masyarakat di Malaysia: Photographs of Abused Children: Awareness and Education in Malaysian Society. KUPAS SENI, 3. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2237