Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya “Pembukaan” (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Analysis of Semiotic Approach in Artwork by Mohd Arif: “Pembukaan” (2013)

Authors

  • Adam Mohd Salehuddin
  • Nasir Baharuddin

Keywords:

Semiotik, Tanda, Objek, Interpretasi.

Abstract

Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakansuatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan dalam menilai karya seni yang merepresentasikan makna-makna melalui tanda yang divisualisasikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sebuah
karya seni yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif iaitu ‘Pembukaan’ (2013) sebagai objek kajian. Konsep Triadik Peirce’s telah digunakan oleh pengkaji dalam membaca makna terhadap sesebuah karya seni. Konsep asas tersebut adalah Representasi, Objek dan Interpretasi. Perlaksanaan kaedah semiotik ini dipetik melalui konsep Charles Sanders Peirce – Semiotic the Basic (Daniel Chandler 2002) bagi menjelaskan perhubungan Representasi/Tanda, Objek, dan
Interpretasi. Teks yang dihasilkan adalah sebuah produk penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan yang secara khususnya adalah sebuah himpunan tanda dalam membentuk makna. Penggunaan konsep semiotik ini mampu untuk menjelaskan makna dalam sesebuah karya seni dengan lebih jelas dan sistematis. Ia boleh diterajui oleh tanda-tanda melalui persekitaran dan ruang lingkup sebuah masyarakat melalui corak kehidupan serta rentak pergerakan yang menelusuri alam serta budaya masyarakatnya secara lebih saintifik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Mohd Salehuddin, A., & Baharuddin, N. (2019). Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya “Pembukaan” (2013) oleh Mohd Fuad Arif: Analysis of Semiotic Approach in Artwork by Mohd Arif: “Pembukaan” (2013). KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2267