Aplikasi Teknologi Realiti Maya dalam Pembangunan Koswer Rumah Tradisional Melayu Terengganu

Application of Virtual Reality Technology in Developing Courseware Terengganu’s Malay Traditional House

Authors

  • Mohd Saidi Yusof Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Che Soh Said Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohammad Rusdi Mohd Nasir Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Adnan Rozali Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol5.10.2017

Keywords:

pendidikan seni visual, koswer,, realiti maya, kebolehgunaan koswer

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kebolehgunaan koswer realiti maya Rumah Tradisional Melayu Terengganu untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Koswer ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi realiti maya. Pengguna sasaran kajian ini ialah pelajar Tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu. Reka bentuk kajian yang dilaksanakan ialah reka bentuk kajian pembangunan. Reka bentuk instruksional yang digunakan pula adalah merujuk kepada model Alessi dan Trollip. Penilaian koswer ini dilaksanakan dengan responden seramai 88 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek kebolehgunaan koswer iaitu elemen navigasi, teknikal, interaksi dan reka bentuk antara muka adalah sesuai dan memenuhi standard kebolehgunaan perisian komputer. Oleh itu, teknologi realiti maya sesuai
digunakan bagi menghasilkan koswer Rumah Tradisional Melayu Terengganu. Selain itu, model Allesi dan Trollip sesuai digunakan dalam pembangunan koswer yang menggunakan teknologi realiti maya.

Downloads

Published

2017-10-31

How to Cite

Yusof, M. S., Said, C. S., Mohd Nasir, M. R., & Rozali, A. (2017). Aplikasi Teknologi Realiti Maya dalam Pembangunan Koswer Rumah Tradisional Melayu Terengganu: Application of Virtual Reality Technology in Developing Courseware Terengganu’s Malay Traditional House. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5, 76-86. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol5.10.2017