Etos dan Nilai Budaya dalam 100 Pepatah Petitih Melayu Siti Zainon Ismail

Ethos and Cultural Values in100 Pepatah Petitih Melayu by Siti Zainon Ismail

Authors

  • Azhar Hj. Wahid Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol6.10.2018

Keywords:

Etos, Nilai budaya, Khazanah, Peradaban,, Bangsa

Abstract

Penulisan ini memperlihatkan etos dan nilai budaya yang terangkum dalam 100 petatah petitih, yang dinukilankan oleh Siti Zainon Ismail. 100 Pepatah Petitih Melayu yang dinukilankan oleh Siti Zainon Ismail merupakan suatu khazanah bangsa yang amat tinggi nilainya. Adanya khazanah warisan Melayu ini memungkinkan dapat mengembalikan akan kesedaran ingatan kita bahawa betapa kayanya fikiran nenek moyang kita dengan nilai peradabannya. Etos merupakan seperangkat pemahaman dan keyakinan terhadap nilai-nilai yang secara mendasar mempengaruhi kehidupan, menjadi prinsip-prinsip pergerakan, dan cara berekspresi yang utama kepada sesuatu kelompok dengan budaya serta keyakinan yang sama. Melalui pepatah petitih itu merupakan nilai budaya dalam kalangan orang Melayu yang berlandaskan kepada penghidupan tradisi, amat menekankan kepada hubungan sosial dengan menggunakan haiwan dan unsur alam. Namun, bagi mengisi kehendakkehendak sosial, seseorang itu perlu membina perlakuan yang bersesuaian dengan nilai-nilai yang dipupuk oleh anggota-anggotanya. Nilai-nilai sosial yang dikongsi bersama oleh anggota-anggota masyarakat boleh dilihat sebagai pengerak utama kepada perkembangan sesuatu masyarakat itu dan dianggap sebagai asas penting kepada pembinaan budaya Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Norazit Selat. (1997). Ekonomi dan politik Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Siti Zainon Ismail. (2010). 100 pepatah petitih Melayu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Robert Escarpit. (1971). Sociology of literature. London: Frank Cass and Company Limited.

Roff, William R. (2003). Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Syed Husin Ali. (1979). Apa erti pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siddiq Fadil. (1998). Minda Melayu baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar(IKD).

Simon, Roger (terj). (1999). Gramsci’s political thought. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Wan Abdul Kadir. (1994). Nilai dan world-view orang Melayu. Kota Bharu dan Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

Downloads

Published

2018-09-03

How to Cite

Hj. Wahid, A. (2018). Etos dan Nilai Budaya dalam 100 Pepatah Petitih Melayu Siti Zainon Ismail: Ethos and Cultural Values in100 Pepatah Petitih Melayu by Siti Zainon Ismail. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 6, 95–101. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol6.10.2018