Perubahan Fungsi dan Seni Persembahan Kuntau di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak
The Functional Changes and Art of Kuntau Performance in Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak
DOI:
https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol9.1.2.2021Keywords:
Kuntau, Perubahan Fungsi, Seni PersembahanAbstract
Persembahan Kuntau merupakan sebuah kesenian rakyat masyarakat Iban di rumah panjang. Kuntau adalah seni membela diri daripada serangan musuh yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Kebiasaannya kaum lelaki yang membawa Kuntau dipanggil sebagai bujang berani. Namun, setelah berlakunya perubahan zaman, persembahan Kuntau telah dipentaskan sebagai sebuah hiburan semasa hari perayaan iaitu Hari Gawai Dayak. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perubahan fungsi yang melibatkan pandangan masyarakat Iban di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Selain itu, kajian ini untuk mengetahui seni persembahan Kuntau dari aspek persembahan pentas. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualititatif yang melibatkan kaedah temu bual dan rakaman video. Pengkaji telah membuat temu bual beberapa responden yang berpengaruh dikenali sebagai Guro Kuntau, tokoh budayawan dan ahli akademik. Dapatan kajian mendapati bahawa persembahan Kuntau telah berlaku perubahan yang melibatkan aspek bentuk dari segi fizikal yang memerlukan kekuatan tubuh pemain untuk melakukan pergerakan. Selain itu, muzik taboh ajat digunakan dalam tempoh yang cepat. Pengkaji mendapati pengajaran Kuntau pada masa kini bersifat struktur yang tidak melibatkan ritual. Penciptaan baharu dibentuk dengan gaya pementasan yang mempunyai pola persembahan. Hal ini telah memperlihatkan persembahan Kuntau masih diamalkan sebagai satu hiburan pada masyarakat Iban meskipun telah berlaku perubahan sehingga kini.
The Kuntau performance is a form of martial art of the Iban community in longhouses, performed only by the men who are called “bujang berani”. However, as the years went by, the Kuntau is performed as a form of entertainment during festive seasons such as the Gawai Dayak festival. The purpose of this research is to elaborate the changes of function that involves the views of the Iban community in Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Besides that, the researcher wishes to know the performing arts that occurred to the Kuntau in the aspect of stage performance. In this research, the researcher used the qualitative research. The researcher interviewed a number of notable respondents such as the Guro Kuntau, cultural experts, and academicians. This research saw that there was a change in terms of the physical involving the strength of the performer’s body when performing the moves, the music that uses the fast tempo taboh ajat. In addition, the researcher observed that the performance of the Kuntau occurred due to the perspective from the structure of teaching, the roles in terms of the new creation, and the show in terms of place. This shows that the Kuntau is still performed as a form of entertainment to the Iban community even though there were changes made to it according to time.
Keywords: Kuntau, Changes of Function, Performing Arts
Downloads
References
Anya Peterson Royce. (1977). The Anthropology of Dance. Canada: Indiana University Press Bloomington and London.
Denny Eko Wibowo., & Widyanarto. (2021). Penerokaan Rekaan Hasil Kreatif Tari Seri Inai berdasarkan Tari Inai dari Panggak Laut, Daik Lingga sebagai Sumber Penciptaan Tari. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 9 (1), 1-15.
Ghazali Darusalam., & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Gregory Kiyai. (2019). Ritual Adat Kematian dalam Masyarakat Iban di Sarawak: Artifak Iringan Tukang Sabak. Jurnal Borneo Arkhailogia. 4 (1), 99-116.
Gregory Kiyai (2019). Tukang Sabak dalam budaya dan upacara NyabakMasyarakat Iban di Sarawak: Satu Penelitian awal. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 7, 120-125.
Geogory Kiyai, Noria Tugang., & Olivia Seer. (2020). Ngajat Iban: Satu penelitian budaya. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 8 (2), 70-83.
Geogory Kiyai., & Noria Tugang. (2020). Artifak Budaya Masyarakat Iban: Warisan Dan Pusaka. Jurnal Kinabalu. 26 (1), 59-71.
Haslinda Md. Nazri. (2018). Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy. 3(2), 79-90.
Harry Fandinus., Imam Ghozali., & Asfar Muniir. (2019). Pola Tabuhan Tebah Gendang Dayak Iban Sebaruk Di Kecamatan Sekayam Kabupaten Sanggau. Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran Khatulistiwa. 8 (9), 1-10.
Hanizah Jukim., Azlin Iryani Mohd Noor., & Abdul Aziz Zalay@ZaliTaylor. (2020). Keberkesanan Adaptasi Konsep Identiti Budaya Dalam Mereka Bentuk Landskapdi Kawasan Sekolah. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 8 (2), 52-69.
Mabong. (2016). Kuntau Iban Patut Dikemansang Nyadi Lumba Enggau Main Moden. Utusan Borneo (Sarawak). 2 Februari 2016.
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundangan Warisan Dan Agensi Pelaksana Di Malaysia. Jurnal Melayu. 17 (2), 143-159.
Nalong Anak Buda., & Johnny Chuat. (2009). Iban pegai Rajah Brooke. Published by Pegari Iban Production.
Nalong Anak Buda., & Johnny Chuat. (2007). Gerempung Jerita Tuai Iban. Published by Pegari Iban Production.
Pringle, R. (2010). Rajah and rebels: The iban of sarawak under brooke rule 1841-1941. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
Richards, A. (1980). An iban-english dictionary. New York: Oxford University Press.
Vinson., & Sutlive, J. (2001). The Encyclopedia of Iban Studies: Iban History, Society and Culture. The Tun Jugah Foundation: The Borneo Research Council.INC.
Vinson., & Sutlive, J. (1994). Handy reference dictionary of iban and english. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn Berhad.
Wright, L., Morrison, H., & Wong, K. F. (1972). Vanishing world: The ibans of borneo. Madison Avenue; NY: John Waterhill.