@article{Hussin_Mokhtar_Abdul Jabbar_2017, title={Seni Kaligrafi (Khat) di Mihrab Masjid-Masjid Negeri Malaysia dan Hubungannya dengan Seni Visual: Calligraphy (Khat) in Mihrab of the State Mosques in Malaysia and its Relationship to Visual Arts}, volume={5}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2263}, DOI={10.37134/kupasseni.vol5.1.2017}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Khat merupakan hasil seni visual yang paling cantik, gah dan buktinya dapat dilihat dalam kitab suci Al-Qur’an hingga kini. Khat juga telah diaplikasikan ke atas pelbagai media dan rupa bentuk, melalui karya-karya dan kreativiti manusia yang diilhamkan oleh Allah SWT. Begitu juga, khat yang dihasilkan di masjid-masjid, selain daripada bentuk (arabesques, corak geometri) menjadi tarikan dan dinikmati oleh mereka yang sujud dan tunduk mengerjakan ibadat. Penilaian dan pentafsiran kajian, yang dilakukan ke atas setiap khat mihrab masjid-masjid negeri di Malaysia adalah berbentuk pemerhatian dan penilaian foto visual yang di rakam di lapangan. Kajian ke atas 12 buah masjid-masjid negeri di Malaysia menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti seni khat, menganalisis proses penghasilan khat dan hubungkaitnya dengan Seni Visual. Dapatan kajian menunjukkan seni khat yang di reka bentuk terdiri daripada khat Naskh 45%, Thuluth 35%, Kufi 15% dan Nastaliq 5%. Kajian juga mendapati tema nama Allah & Muhammad yang direka bentuk adalah sebanyak 61.5%, nama Allah sahaja 15.5% surah pendek dari Al-Qur’an, kalimah Tauhid dan Allahu Akbar sebanyak 23.0%. Sistem tulisan khat yang dicipta oleh penulis khat Arab ‘Ibn Muqlah’ pada kurun ke-9 adalah merupakan zaman kegemilangan khat Thuluth dan khat Naskh serta menjadi rujukan piawaian sehingga ke hari ini. Hasil kajian juga mendapati lima entiti seni visual daripada semua sampel khat yang terdapat di mihrab masjid-masjid negeri adalah: i). Elemen huruf dan perkataan terdiri daripada bentuk ukiran 2 & 3 Dimensi khat Naskh, Thuluth dan Riq’ah, ii). Kedudukan khat tertumpu kepada ruang cetek dan tidak ada wujudnya sudut pandangan perspektif, iii). Media jubin kerap digunakan kerana tidak mudah karat dan dimakan anai-anai, iv). Warna emas, putih dan hitam kerap menjadi pilihan apabila menggunakan warna atas khat dan v). Khat yang direka bentuk ditempatkan dalam komposisi di tengah bulatan atau memenuhi ruang segi empat.</p>}, journal={KUPAS SENI}, author={Hussin, Ridzuan and Mokhtar, Asmahan and Abdul Jabbar, Abdul Razak}, year={2017}, month={Oct.}, pages={1–13} }