@article{Ramli_2018, title={Argumentasi Terhadap Pergerakan Fesyen Jalanan Tempatan: Argumentation Towards Local Street Fashion Movements}, volume={6}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2278}, DOI={10.37134/kupasseni.vol6.3.2018}, abstractNote={<p>Penulisan ini mengungkap pemerhatian terhadap aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan (Tempatan Fest) yang mengangkat faktor kritikan dan pemahaman. Melalui aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan, bakat pereka bebas yang mengikuti program lapangan dapat diperkembangkan.<br>Aktiviti ini dijalankan di dalam atau luar premis perniagaan dengan melibatkan aspek kreativiti terhadap pergerakan fizikal dan luahan pemikiran pereka bebas. Di luar kebiasaannya, aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan ini dapat mengenal pasti sensitiviti penglibatan pereka bebas dan (pengunjung/masyarakat) secara langsung. Secara khususnya, tujuan utama penyampaian makalah ini adalahuntuk berkongsi lembaran konsep dan prinsip asas pergerakan fesyen indie tempatan terhadap keperluan pereka bebas. Penetapan asas dalam interaksi fizikal pereka bebas telah mendorong aktiviti lapangan menjanakan emosi dalam memberikan tumpuan kepada pola pengajaran yang disampaikan. Melalui pengamatan aturan terhadap subjek lapangan, sandaran teori dalam amalan praktis pergerakan fesyen indie tempatan secara khusus dapat dirangkakan. Aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan dapat mengangkat keilmuan yang sedia ada ke dalam faktor penerimaan kognitif pengunjung dan masyarakat. Justeru itu, imbalan dari makalah ini akan berkongsikan gaya cetusan rasa pereka bebas semasa berkarya. Produk dari pereka bebas berfungsi sebagai pelengkap dalam menjanakan aktiviti yang diaturkan. Dalam menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti lapangan, penilaian estetika memenuhi objektiviti makalah dengan menonjolkan kewajaran pergerakan fesyen indie tempatan ke tahap lebih optimum.</p>}, journal={KUPAS SENI}, author={Ramli, Muhamad Firdaus}, year={2018}, month={Sep.}, pages={22–29} }