@article{Mohd Pauzi_Said_2018, title={Catan Batik Fatimah Chik Sebagai Satu Representasi Apresasi Budaya Nusantara: Batik Painting of Fatimah Chik as a Representation in Appreciation of The Nusantara Culture}, volume={6}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2287}, DOI={10.37134/kupasseni.vol6.12.2018}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Catan batik mula dihargai, dipelihara dan diangkat dalam nilai-nilai sosiobudaya warisan sejajar dengan trend semasa seni lukis moden di Malaysia pada masa kini. Kehalusan dan keunikan seninya dari segi aspek formalistik dan praktikal menjadikannya membentuk identiti yang tersendiri. Keunikan dan keistimewaan yang terdapat dalam setiap karya catan batik Fatimah Chik dapat dianalisis melalui teknik, motif, kaedah dan gaya yang dipraktikkan. Elemen–elemen perlambangan budaya daripada suku kaum di Rantau Asean diangkat menjadi identitifikasi yang dominan dalam catan batiknya. Keunikan catan batik Fatimah Chik juga menggabungkan kaedah tradisi dan moden dengan mengaplikasikan teknik ikat celup daripada daripada suku kaum di Rantau Asean dan Nusantara dalam setiap karya beliau. Karya –karya catan batik Fatimah Chik yang telah bermula dari tahun 1980-an hingga kini adalah merupakan satu representasi apresasi budaya masyarakat Nusantara yang kaya dengan nilai adab dan nilai-nilai timur yang tersendiri.</p>}, journal={KUPAS SENI}, author={Mohd Pauzi, Wan Nurul Hasyyati and Said, Tajul Shuhaizam}, year={2018}, month={Oct.}, pages={111–121} }