TY - JOUR AU - Ahmad Suhaimi, Zulaikha AU - Hussin, Ridzuan PY - 2018/09/03 Y2 - 2024/03/29 TI - Inovasi Penggunaan Facebook Sebagai Satu Media Pengajaran dan Pembelajaran Murid Sekolah dalam Pendidikan Seni Visual: Innovation of Facebook Use as a Media of Teaching and Learning of Schoolchildren in Visual Art Education JF - KUPAS SENI JA - JSPS VL - 6 IS - 0 SE - Articles DO - 10.37134/kupasseni.vol6.4.2018 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2279 SP - 30-46 AB - <p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji inovasi penggunaan rangkaian sosial Facebook sebagai satu daripada media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penggunaan Facebook adalah berasaskan Teori Connectivism. Gabungan kaedah pembelajaran konvensional<br>dengan Facebook dapat membuat perubahan pada dunia pendidikan dengan menerapkan elemen minat murid seharian iaitu melayari rangkaian sosial seperti Facebook. Pendekatan ini harus diterapkan dalam sistem pendidikan sebagai satu daripada alat bantu mengajar, di mana ianya tidak terbatas hanya di dalam bilik darjah sahaja. Pendekatan mix-method iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif yang digunakan dalam kajian eksperimental iaitu data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan tugasan khusus. Persampelan kajian ini melibatkan 40 orang murid tingkatan tiga di SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River. Kumpulan A dan kumpulan B diwujudkan bagi menjawab persoalan kajian dengan membuat perbandingan pembelajaran secara konvensional berbanding pembelajaran menggunakan Facebook. Tajuk pengajaran terhadap kedua-dua kumpulan ialah Lukisan Imitasi yang bertemakan daun. Kajian rintis dilaksanakan untuk mengenal pasti dua aspek iaitu ketepatan item soal selidik dan aspek ketepatan masa semasa sesi pembelajaran dijalankan. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan Facebook dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid berbanding kaedah konvensional. Hasil kajian juga menunjukkan tindak balas yang positif oleh murid terhadap kaedah baru dalam menyiapkan tugasan khusus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan penggunaan Facebook bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah lebih berkesan untuk dijadikan satu daripada alat bantu mengajar diperingkat sekolah menengah. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan Facebook dapat meningkatkan tarikan kepada murid masa kini dengan menerapkan elemen teknologi terkini seperti rangkaian sosial Facebook ke dalam aktiviti pembelajaran serta mampu meningkatkan kepelbagaian kaedah pengajaran di Malaysia.</p> ER -