TY - JOUR AU - Bahrum, Suraya AU - Ibrahim, Md Nasir PY - 2018/09/03 Y2 - 2024/03/29 TI - Kebolehgunaan Modul “steAm” dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah: Usability of "steAm" Module in Teaching and Learning of Visual Arts Education in Primary School JF - KUPAS SENI JA - JSPS VL - 6 IS - 0 SE - Articles DO - 10.37134/kupasseni.vol6.7.2018 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2282 SP - 65-79 AB - <p style="text-align: justify;">Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kebolehgunaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang lebih dikenali dengan STEAM. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kualitatif diperoleh melalui&nbsp;temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Lima modul STEAM telah dibina dan ditentusahkan oleh pakar bidang. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru dan 30 orang murid dari tiga buah sekolah rendah harian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan&nbsp;data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh dari teknik delphi dari sekumpulan pakar dan dengan nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan atlas-ti dan dapatan kajian dilaporkan berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul 1) senang difahami 2) memberi maklumat dan berfaedah 3) Pembelajaran Abad ke-21 4) sebagai panduan integrasi STEM. Dapatan ini menunjukkan implikasi yang positif terhadap pelaksanaan integrasi STEM dan Seni Visual di peringkat sekolah rendah. Diharapkan Kementerian&nbsp;Pendidikan Malaysia dengan penglibatan pihak swasta dapat menyediakan latihan profesional STEAM kepada guru-guru melalui penubuhan jawatankuasa Pelaksana atau penggubalan dasar-dasar yang sesuai dalam usaha memperkukuhkan pendidikan STEM di Malaysia.</p> ER -