TY - JOUR AU - Baharudin, Razana AU - Ibrahim, Mohamed PY - 2017/10/22 Y2 - 2024/03/28 TI - Pengaruh Penjajaran Strategik di Antara Strategi Sistem Maklumat dan Strategi Pengurusan Organisasi Terhadap Kejayaan Sistem Maklumat: Impacts of Strategic Alignment between System’s Strategy and Organization’s Strategy on Information System’s Success JF - Management Research Journal JA - MRJ VL - 6 IS - 0 SE - Articles DO - 10.37134/mrj.vol6.2.2017 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1329 SP - 11 - 21 AB - <p style="text-align: justify;">Elemen pengurusan seperti strategi sistem maklumat dan strategi pengurusan organisasi mempengaruhi corak penggunaan sesuatu sistem maklumat. Di samping itu penjajaran strategik di antara kedua-dua elemen tersebut juga mempengaruhi corak penggunaan sesuatu sistem maklumat di sesebuah organisasi. Kajian ini melihat kepada pengaruh elemen-elemen pengurusan tersebut terhadap kejayaan sistem maklumat. Sampel kajian terdiri daripada 375 orang guru yang bertugas di sekolah menengah di daerah Hulu Perak, daerah Kuala Kangsar, daerah Muallim, dan daerah Kinta. Data dikumpul melalui borang soal selidik, dan dianalisa mengguna statistik diskriptif, korelasi, dan analisis regresi berganda langkah demi langkah. Dapatan menunjukkan strategi sistem maklumat, strategi pengurusan organisasi serta penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dengan strategi pengurusan organisasi mempunyai hubungan yang kuat dengan kejayaan sistem maklumat, serta merupakan peramal penting yang mempengaruhi kejayaan sistem maklumat. Oleh itu, bagi memastikan kejayaan sistem maklumat yang digunakan, organisasi perlulah memberi tumpuan kepada perancangan berkaitan dengan strategi sistem maklumat dan strategi pengurusan organisasi serta penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dan strategi pengurusan organisasi. Penemuan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh para penyelidik dalam bidang ini dan juga kepada para pelaksana sistem maklumat di organisasi. Penemuan ini dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam merancang dan mengatur strategi agar sistem maklumat dapat diguna secara efektif dan efisyen serta dapat membantu meningkatkan pencapaian organisasi.</p><p style="text-align: justify;">Organization features such as system strategies, organization strategies and the alignment/fit between these strategies influence on how organizations use their information systems. This study examines impacts of strategic alignment between system’s strategy and organization’s strategy on information system’s success. A quantitative study was constructed using surveys involving 375 educators at several schools in Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, and Kinta District. This study applied descriptive statistic, correlation, and multiple regression stepwise analysis to analyse the data. The findings show that information system strategies, organization management strategies, and the strategic alignment between information system strategies and organization management strategies, are positively correlated with information system’s success. Thus, this study suggested that information system strategies, organization management strategies, and the strategic alignment between information system strategies and organization management strategies act as important predictors for system’s success. The findings serve as a guideline for practitioners as it suggests the new ways and means by which organizations can improve the information system implementation process.</p> ER -