Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI
Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah [eISSN 3036-0234] is a journal that encourages academic debate among scholars, academics, researchers and students. This journal seeks to cover all aspects of history, prehistory and history education. All themes related to history, prehistory and history education are covered in this journal without geographical and chronological boundaries. Articles, reviews, notes address contemporary issues, concerns, policies and practice, drawing upon those themes are also welcome. This journal is published twice a year (April & October start 2024) in electronic form.

Article contributions are welcome from scholars, academics, researchers and students from various institutions, based on the results of organized studies and research.
Pejabat Karang Mengarang, UPSI, MALAYSIA en-US Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah Pemerkasaan Islam Sosial dalam Konteks Peradaban Semasa https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/8728
Islam sebagai agama, cara hidup dan peradaban dewasa ini sedang menerima tekanan daripada berbagai penjuru. Perkembangannya yang meluas dan merata telah membawa kepada pertembungan dalam berbagai keadaan dan di berbagai peringkat. Situasi ini menjadi sebahagian daripada landskap global semasa. Islamophobia, kebencian atau kemarahan terhadap Islam, yang dijelmakan dalam berbagai ragam, merupakan di antara ciri-ciri utamanya.

Paling ketara dalam pertembungan ini ialah penolakan dan penentangan terhadap Islam dalam politik, atau political Islam. Percubaan menempatkan Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran, termasuk di negara berpendudukan majoriti Muslim, seringkali mewujudkan ketegangan, kadangkala pertumpahan darah. Islam yang cuba direalisasikan pada skala kecil pun, menerusi ibadat khusus seperti sembahyang, atau pemakaian, tidak terlepas daripada serangan. Masjid menjadi sasaran, dan wanita yang bertudung dan berjilbab menjadi mangsa kecaman.

Islam di peringkat individu, dalam situasi dan kondisi tradisionalnya, juga jauh sekali daripada merupakan suatu kenyataan yang berimpak, apabila anggota ummah sekadar tertumpu di masjid dan surau, untuk beribadat, atau kunjung mengunjungi pada musim raya atau bantu membantu semasa dharurat. Komitmen dan kegiatan berkala dalam “privatized Islam” ini hanya mengekalkan konservatisme yang sedia wujud, dan tidak memberi kesan bermakna dan berpanjangan ke atas persekitaran besar. Amalan sufisme yang meuncul di sana sini hanya mampu mengekalkan nilai-nilai agama menerusi perkumpuan tariqat, tetapi ia umumnya tidak menjalar jauh ke dalam tubuh masyarakat besar.

Peradaban Islam yang berpotensi terbugar dalam persekitaran Islam sebagai agama dan cara hidup sudah pasti berdepan dengan konstrain atau kekangan. Nilai-nilai keagamaan hanya mampu menyusup dan menyerap dengan aktif dalam situasi anggota ummah berkedudukan dan berupaya menghayati tuntutan keagamaan dalam semua segi kehidupan. Ternyata di mana-mana, hatta di negara Muslim di mana Islam sudah sedia bertapak ratusan tahun, suasana ini tidak kedapatan. Tambahan pula pembawaan dan pengamalan para penganut sendiri adalah begitu lemah, sehingga Islam sebagai budaya dan tamadun tidak langsong menyerlah. Dalam keadaannya sedemikian, ia kehilangan kedinamikan, ia itu faktor yang membolehnya berdaya saing dan berdaya juang dalam persekitaran yang menyelubunginya. ‘Civilizational Make-up’ atau ‘Gubahan Ketamadunan’ sebagai natijah daripada keberadaan Islam itu tidak muncul.
Mohamad Abu Bakar Copyright (c) 2024 Mohamad Abu Bakar https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2023-12-30 2023-12-30 1 2 1 8 10.37134/munsyi.vol1.2.1.2023 Sejarah tingkatan empat dengan pendekatan Lesson Study reflektif https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/8732
Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan Lesson Study Reflektif bagi subjek Sejarah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang merangkumi proses merancang pengajaran, melaksanakan pembelajaran, dan refleksi berkumpulan. Ini termasuk juga butiran tentang mesyuarat sebelum dan selepas Lesson Study yang diadakan, perancangan serta pengimplementasian Open Class Research. Para guru yang terlibat ditemu bual untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap pendekatan pembelajaran yang dijalankan selama hampir empat bulan. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan terhadap murid-murid yang terlibat dan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk mendapatkan maklumat. Tujuan pengaplikasian dan merekodkan Lesson Study Reflektif adalah untuk menyebarkan amalan kerjasama guru dari proses perancangan sehinggalah kepada penghasilan rekod bertulis yang dapat membantu mereka dan para pendidik yang lain untuk dijadikan sebagai sumber yang membantu pengajaran mereka. Di samping itu, laporan Lesson Study Reflektif ini juga dapat menjadi rangka kerja sokongan untuk menjalankan Lesson Study yang baharu dan juga kajian pendidikan yang lain. Hasil pelaksananaan pendekatan ini menunjukkan bahawa kolaborasi antara guru dalam melaksanakan Lesson Study Reflektif dapat membawa kepada pelbagai aktiviti pengajaran yang berbeza yang dapat meningkatkan pemahaman murid. Aktiviti yang dipilih sepanjang melaksanakan sembilan waktu PdPc dalam bab ini juga didapati bersesuaian dengan tahap kebolehan murid serta dapat membuatkan mereka menumpukan perhatian yang lebih dalam kelas. Refleksi berkumpulan yang dijalankan bersama-sama dengan guru pemerhati bagi Open Class Research membantu guru membincangkan masalah-masalah pembelajaran dengan adanya perkongsian maklumat dan cadangan. Penulisan ini diharap dapat membantu para guru, pihak pentadbir, ibu-bapa serta orang awam mendapatkan gambaran sebenar proses pembelajaran di dalam kelas dan membuka ruang bagi pemerkasaan pengajaran subjek sejarah di Malaysia.
Santiya Parthippen Copyright (c) 2024 Santiya Parthippen https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2023-12-30 2023-12-30 1 2 9 23 10.37134/munsyi.vol1.2.2.2023