Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI
Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah [eISSN 3036-0234] is a journal that encourages academic debate among scholars, academics, researchers and students. This journal seeks to cover all aspects of history, prehistory and history education. All themes related to history, prehistory and history education are covered in this journal without geographical and chronological boundaries. Articles, reviews, notes address contemporary issues, concerns, policies and practice, drawing upon those themes are also welcome. This journal is published twice a year (June & December) in electronic form.

Article contributions are welcome from scholars, academics, researchers and students from various institutions, based on the results of organized studies and research.

MUNSYI supports Open Access. The electronic full text version of the journal is available Free of Charge (FOC).

en-US nazirah@fsk.upsi.edu.my (Associate Professor Dr. Nazirah Lee) info@fsk.upsi.edu.my (Fakulti Sains Kemanusian) Tue, 03 Dec 2024 04:54:31 +0000 OJS 3.3.0.11 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Keterangan Lisan dan Banding Silang: Penelitian terhadap Sumber Sejarah Konflik Etnik Melayu-Cina, 1945-1955 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10235
Makalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam mengenal pasti kesahihan sesuatu peristiwa. Kesemua dapatan kajian yang diperoleh perlu di banding silang dengan rekod dan data-data yang lebih berautoriti. Perbincangan artikel ini menggunakan pendekatan sejarah yang merujuk kepada sumber primer meliputi Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen sekunder yang lain. Bagi mengisi ruang kosong dalam penulisan, wawancara bersama informan terpilih telah digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa keterangan lisan dan maklumat yang diperoleh dalam menghasilkan penulisan sejarah perlu dibanding silang dengan sumber lain bagi mengukuhkan dapatan serta menghasilkan penulisan yang lebih berautoriti.
Mohamed Ali Haniffa, Mohd Kasri Saidon, Zolkefli Bahador, Ishak Saat Copyright (c) 2024 Mohamed Ali Haniffa, Mohd Kasri Saidon, Zolkefli Bahador, Ishak Saat https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10235 Tue, 03 Dec 2024 00:00:00 +0000 Sungai Bernam dalam Konflik Sempadan Perak dan Selangor pada Abad Ke-19 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10690
Sehingga abad ke-19, Sungai Bernam merupakan jalan pedagangan penting dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, khususnya Perak, Selangor dan Pahang. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kedudukan Sungai Bernam dalam hubungan Perak dan Selangor khususnya pada abad ke-19. Lembah Bernam kaya dengan hasil bijih timah menjadi tumpuan Negeri-negeri Melayu dan kuasa luar seperti Siam dan British. Konflik sempadan yang tercetus di antara Perak dan Selangor pada suku awal abad ke-19 menjadikan Sungai Bernam sebagai kawasan penting dalam menentukan sempadan di antara dua negeri tersebut. Kajian berhubung isu sempadan di Sungai Bernam ini dijalankan berpandukan metodologi penyelidikan sejarah. Ia menggunakan sumber primer seperti dokumen dan surat-surat rasmi dalam Selangor Secretariat Files, perjanjian-perjanjian rasmi antara pihak British dengan Negeri-negeri Melayu, Riwayat Tanjong Malim dan sumber sekunder berkaitan. Maklumat yang diperolehi daripada sumber yang dirujuk memperlihatkan pemahaman konsep sempadan Negeri-negeri Melayu tradisional yang berasaskan bidang kuasa pemerintah. Justeru Sungai Bernam sering bertukar tangan sehingga British melaksanakan percaturan politik demi kepentingan ekonominya di rantau ini. Makalah ini menggambarkan dengan mendalam tentang peranan Sungai Bernam dalam sejarah hubungan di antara negeri Perak dan Selangor pada abad ke-19. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan konflik sempadan menjadi Sungai Bernam sebagai kawasan yang penting dalam percaturan politik British dan Siam di rantau ini.
Ahmad Faizal Basir Copyright (c) 2024 Ahmad Faizal Basir https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10690 Thu, 05 Dec 2024 00:00:00 +0000 Ajaran Sesat dalam Kalangan Masyarakat Islam di Pulau Pinang pada 1970-1990 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10731
Makalah ini membincangkan ajaran sesat yang muncul dalam sejarah masyarakat Islam di Pulau Pinang sepanjang tahun 1970-1990. Perbincangan ini bertumpu kepada ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah dan tindakan yang diambil oleh seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Kajian ini dijalankan berasaskan kepada metodologi kajian sejarah. Sehubungan itu, perbincangan yang dikemukakan adalah hasil daripada analisis kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang digunakan adalah fail pentadbiran dan dokumen undang-undang. Hasil kajian mendapati ajaran sesat di Pulau Pinang mempunyai ciri yang jelas bertentangan dengan Islam, disebarkan secara tersembunyi dan menarik pengikut yang mempunyai pemahaman agama Islam yang cetek. Tindakan untuk membendung masalah ajaran sesat ini dilaksanakan oleh MAINPP, namun hukumannya adalah ringan. Penelitian terhadap sejarah kemunculan ajaran sesat diharap memberikan maklumat penting tentang ancaman kepada agama Islam dan sejauhmana kesannya kepada masyarakat Islam dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ajaran sesat yang dibincangkan di dalam makalah berpotensi menganggu kestabilan sosial masyarakat Islam.
Muhammad Iqbal Bin Mansor Copyright (c) 2024 Muhammad Iqbal Bin Mansor https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/10731 Fri, 13 Dec 2024 00:00:00 +0000