@article{Derak_2020, title={Pemikiran Dalam Novel-Drama Bila Tuhan Berbicara Karya Faisal Tehrani: Faisal Tehrani’s Thoughts in Novel-Drama Bila Tuhan Berbicara}, volume={11}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3925}, DOI={10.37134/pendeta.vol11.2.4.2020}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Novel-drama <em>Bila Tuhan Berbicara</em> (<em>BTB</em>) karya Faisal Tehrani telah diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings pada tahun 2007. Novel ini sangat unik kerana menggabungkan dua genre iaitu novel dan drama yang dikenali sebagai novel-drama. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terdapat dalam novel-drama ini. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Justeru, pembacaan rapi atau pembacaan secara mendalam digunakan untuk mengesan pemikiran dan seterusnya menganalisis pemikiran yang terdapat di dalam novel-drama <em>BTB</em>. Hasil kajian mendapati, Faisal Tehrani telah menonjolkan pemikiran yang berkaitan dengan pementasan drama atau teater Islam, pemikiran keagamaan, pemikiran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, pemikiran tentang ilmu perubatan serta pemikiran yang berkaitan dengan politik. Berdasarkan kepada pemikiran ini menunjukkan bahawa novel-drama ini membawa wacana penting terutama yang berkaitan dengan penghasilan teater dan drama Islam. Pementasan drama dan teater Islam wajar meletakkan ajaran Islam sebagai paksi utama untuk memberi pengajaran kepada penonton. Oleh itu, novel-drama ini wajar dibaca oleh penggiat drama dan teater Islam sebagai panduan untuk menghasilkan drama dan teater berunsur Islam. Hal ini kerana pementasan Islam boleh digunakan sebagai medium dakwah dan tarbiah kepada penonton selain memberi hiburan.</p>}, number={2}, journal={PENDETA}, author={Derak, Rosmah}, year={2020}, month={Nov.}, pages={44–54} }