@article{Abd Hamid_Mokhtar_Haron_2022, title={Analisis Kesalahan Tatabahasa dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Mengawal Wabak COVID-19: Analysis of Grammatical Errors in The Movement Control Order Text to Combat the COVID-19 Outbreak}, volume={13}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6400}, DOI={10.37134/pendeta.vol13.1.8.2022}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Sebagai sebuah negara yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbiran, pihak kerajaan mestilah terlebih dahulu memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pemimpin dan penjawat awam. Penggunaan bahasa rasmi yang baik bukan sahaja akan menjadi contoh kepada rakyat, malah penggunaannya juga dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesannya. Dengan mengambil kira kepentingan ini, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan kesalahan tatabahasa yang wujud dalam teks perutusan khas berkenaan. Sehubungan dengan perkara itu, kajian ini memanfaatkan sebanyak sembilan teks perutusan khas sebagai bahan kajian. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah analisis kesalahan tatabahasa. Kaedah analisis kesalahan tatabahasa ini melibatkan pegangan tatabahasa yang bersifat preskriptif. Sehubungan dengan perkara itu, huraian kesalahan tatabahasa dibuat berpandukan pendekatan yang digunakan oleh Nik Safiah Karim et al. (2015) dalam Tatabahasa Dewan, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992) dan Daftar Kata Bahasa Melayu (2016). Hasil kajian mendapati bahawa teks perutusan khas mempunyai kesalahan ortografi dan morfologi. Kesalahan ortografi melibatkan kesalahan ejaan bahasa Melayu, ejaan pinjaman bahasa Arab dan tanda baca. Kesalahan morfologi pula melibatkan kesalahan kata pemeri, kata sendi nama, kata tanya, kata terbitan, kata ganti nama diri orang, dan hukum D-M. Pengenalpastian kesalahan ini menunjukkan bahawa penggunaan dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu dalam urusan rasmi masih tidak diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan, sedangkan pemartabatan bahasa Melayu sewajarnya bermula daripada institusi-institusi kerajaan. </p>}, number={1}, journal={PENDETA}, author={Abd Hamid, Muhammad Faizul and Mokhtar, Daniel Salleh and Haron, Rohaidah}, year={2022}, month={Jun.}, pages={84–102} }