@article{Awang Pawi_Adnan_2022, title={Mengangkat Kedaulatan Institusi Diraja melalui Pengucapan Istana: Kajian Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Pahang: Elevating the Sovereignty of Royal Institutions through Palace Speeches: A Study of the Pahang State Royal Enthronement Ceremony}, volume={13}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/7527}, DOI={10.37134/pendeta.vol13.2.fa.2.2022}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Bahasa istana merupakan satu laras bahasa eksklusif yang digunakan dalam kalangan keluarga atau kerabat diraja dan dalam pelaksanaan istiadat diraja. Kajian ini menganalisis penggunaan bahasa istana dalam istiadat pertabalan diraja negeri Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah pada 5 hingga 9 Mei 1975. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen dengan merujuk kepada dokumen tatacara istiadat yang terdapat di pejabat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan jabatan-jabatan berkaitan. Penelitian terhadap Istiadat Pertabalan Diraja Pahang menunjukkan bahawa bahasa istana masih digunakan dalam setiap tatacara istiadat di negeri ini. Selain menjadi medium memperkukuh hubungan kekerabatan di antara sesama keluarga diraja, bahasa istana turut memperkukuh hubungan diplomatik antara negara melalui warkah-warkah yang ditulis kepada negara-negara luar. Seterusnya, bahasa  istana yang mempunyai unsur  pengulangan, pemulukan, dan pendinaan ini turut mengangkat taraf seorang raja berbanding rakyat biasa. Hal ini kerana, seorang rakyat menggunakan bahasa sebagai manifestasi taat setia kepada rajanya.   Bahasa istana juga tertakluk kepada peraturan larangan <em>(sumptuary law</em>) yang sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Walaupun peraturan larangan ini membentuk perbezaan taraf raja dengan rakyat dalam stratifikasi masyarakat Melayu, namun sistem sosial ini telah diterima dan diamalkan dalam masyarakat sejak sekian lama. Penilaian dari aspek akal budi orang Melayu juga menunjukkan bahawa bahasa istana berperanan sebagai bukti intelektual masyarakat Melayu dan lambang keperibadian dan adab di antara raja dan rakyat.</p>}, number={2}, journal={PENDETA}, author={Awang Pawi, Awang Azman and Adnan , Hayati}, year={2022}, month={Dec.}, pages={17–29} }