TY - JOUR AU - Arumugam, Kaithiri AU - Md Ali, Rohaya PY - 2019/12/28 Y2 - 2024/03/28 TI - Buku kanak-kanak: Analisis unsur Estetika: Children's Books: Analysis Of Aesthetic Elements JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 10 IS - 0 SE - Articles DO - 10.37134/pendeta.vol10.11.2019 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2901 SP - 151-165 AB - <p style="text-align: justify;">Buku kanak-kanak sentiasa mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Hal ini demikian kerana, buku kanak-kanak mempunyai unsur keindahan atau estetika yang menyumbang kepada aspek berbahasa dalam kalangan pembaca. Namun demikian, buku-buku terbitan penerbit di Malaysia sebagai bahan bacaan untuk mengasah minat membaca dan mendapat keseronokan dalam kalangan kanak-kanak masih belum setanding dengan buku yang diterbitkan oleh penerbit dari luar negara (Alimah Salam, 2010:39). Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membicarakan persoalan estetika dalam buku kanak-kanak di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak dan menganalisis unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti sembilan buah buku kanak-kanak berdasarkan pendekatan estetika yang dikemukakan oleh Maria Nikolajeva (2005). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua unsur estetika dalam buku&nbsp; kanak-kanak iaitu, estetika genre dan estetika bahasa.</p> ER -