TY - JOUR AU - Basir, Noriha AU - Ab Rahim, Ina Suryani AU - Abdul Halim, Mohamad Zaki PY - 2020/06/11 Y2 - 2024/03/28 TI - Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme melalui Perangkaan Data kes COVID-19 di Malaysia: Analysis of Sociological Behaviour based on the Theory of Interactionism through Data Statistics of the COVID-19 case in Malaysia JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 11 IS - 0 SE - Articles DO - 10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.2.2020 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3601 SP - 11-30 AB - <p style="text-align: justify;">Kajian berkaitan Covid-19 merupakan kajian yang baharu dan mula dikaji oleh para penyelidik pelbagai bidang di seluruh dunia bermula pada tahun 2020. Sehubungan itu, bidang sosiologi yang merangkumi aspek kemasyarakatan menjadi wadah kajian dalam penulisan ini. Kaedah kualitatif dimanfaatkan untuk membincangkan dan menganalisis isu penularan wabak pandemik Covid-19 dalam lingkungan sosiologi masyarakat Malaysia bersandarkan Teori Interaksionisme oleh George Herbert Mead (1939) yang mementingkan proses interaksi sosial manusia. Teori ini telah mengenal pasti dua bentuk atau tahap interaksi sosial iaitu, interaksi tidak simbolik dan interaksi simbolik. Interaksi tidak simbolik ialah interaksi manusia yang bertindak secara langsung terhadap gerak isyarat atau tindakan orang lain, manakala interaksi simbolik ialah manusia mentafsir setiap gerak isyarat dan bertindak berasaskan hasil makna tafsiran tersebut. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk menganalisis perangkaan data kes Covid-19 dan membincangkan kes Covid-19 dari sudut interaksi sosial dalam sosiologi masyarakat Malaysia mengikut PKP Fasa 1 hingga PKP Fasa 3 berasaskan Teori Interaksionisme. Hasil analisis melalui data kes yang diperoleh melalui aplikasi Telegram, <em>Crisis Preparedness and Response Centre</em> (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang PKP Fasa 1 hingga PKP Fasa 3 menunjukkan tingkah laku sosial masyarakat Malaysia mempengaruhi kadar kes Covid-19 di Malaysia. Kejayaan melawan Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mula dapat dilihat pada PKP Fasa 3 yang menunjukkan kadar positif iaitu dapat dilihat melalui keluk graf yang baik hasil penurunan kes Covid-19. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan penurunan kadar kes Covid-19 di Malaysia dipengaruhi oleh tingkah laku sosial masyarakat Malaysia terhadap pematuhan sepanjang PKP ini dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.</p> ER -