TY - JOUR AU - Mohammad Yusoff, Mohd Haniff AU - Md Ali, Rohaya AU - Awang Deng, Phat PY - 2020/12/29 Y2 - 2024/03/28 TI - Hipoteks sebagai idea penggaluran naratif dalam novel berunsur sejarah Tun Tuah: Hypotext as an Idea of Narrative Flow in Historical Novel Tun Tuah JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 11 IS - 2 SE - Articles DO - 10.37134/pendeta.vol11.2.8.2020 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4216 SP - 97-107 AB - <p style="text-align: justify;">Jurai kesusasteraan tanah air tidak terlepas daripada melalui proses pengembangan yang panjang. Teks sastera sejarah seperti <em>Sejarah Melayu</em> lahir dalam memerihalkan kehidupan serta kebudayaan masyarakat di samping mendokumentasikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada masa lampau. Marcapada, novel berunsur sejarah pula lahir dalam memerihalkan peristiwa sejarah dari perspektif pengarang pada zaman semasa. Makalah ini menumpukan penelitian terhadap hubungan antara peristiwa yang terkandung dalam hipoteks sejarah sebagai pembinaan naratif dalam penulisan novel. Novel berunsur sejarah <em>Tun Tuah</em> karya Affifuddin Omar dan naskhah <em>Sejarah Melayu</em> edisi Shellabear dibataskan sebagai teks kajian bagi memperkhususkan penelitian dan memberi fokus pada objektif penelitian yang hendak dicapai. Penelitian ini bersifat pendekatan kualitatif yang memerlukan pembacaan rapi terhadap kedua-dua buah naskhah yang terlibat sebelum menjalankan analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Tuntasnya, sebagai sebuah novel berunsur sejarah, novel <em>Tun Tuah </em>menyerap peristiwa-peristiwa yang pernah dikisahkan dalam naskhah hipoteks sejarah, iaitu <em>Sejarah Melayu</em>, namun dengan sentuhan baharu oleh pengarang. Pengarang menjadikan teks <em>Sejarah Melayu</em> sebagai sumber pembinaan naratif dalam novel <em>Tun Tuah</em>. Penelitian terhadap novel <em>Tun Tuah</em> menemukan kecenderungan Affifuddin Omar sebagai pengarang dalam menggembleng teks <em>Sejarah Melayu</em> sebagai strategi kepengarangannya.</p> ER -