TY - JOUR AU - Saimon, Aminnudin PY - 2022/12/21 Y2 - 2024/03/29 TI - Penggunaan Kata Emotif dalam ucapan Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 13 IS - 2 SE - Articles DO - 10.37134/pendeta.vol13.2.3.2022 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/7309 SP - 25-40 AB - <p style="text-align: justify;">Bahasa emotif ialah pilihan kata yang digunakan untuk membangkitkan emosi dan bertujuan untuk menimbulkan kesan (tindak balas emosi) kepada khalayak. Perkataan yang digunakan boleh berbeza bagi menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan khalayak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan kata emotif dalam perutusan hari kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kata emotif menggunakan Model Penilaian Martin &amp; White (2005). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memanfaatkan Model Penilaian Martin &amp; White (2005) sebagai landasan teori. Data diperoleh daripada teks ucapan perutusan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 hingga kini, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Teks ucapan hanya berfokuskan ucapan perutusan hari kebangsaan. Hasil dapatan menunjukkan setiap Perdana Menteri menghasilkan pelbagai strategi penggunaan bahasa emotif dalam mengeksploitasi emosi rakyat antaranya bahasa emotif pencapaian, kesyukuran dan kesedihan. Selain itu, Perdana Menteri juga mengeksploitasi emosi rakyat supaya ideologi yang dibawa dapat mempengaruhi dan diterima rakyat.</p> ER -