PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA
PENDETA : Journal of Malay Language, Education and Literature

(ڤندتا : جورنل بهاس دان سسترا ملايو)

The PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature [ISSN 1823-6812/ eISSN 2600-8696] began to publish its first issue in 2011. PENDETA is published twice a year (June & December start 2020) which dedicated to publishing original research and theory based articles as well as exploratory papers on Malay language, Malay studies, literature, linguistics, culture, Malay education and pedagogy. It is published by UPSI Press for the Faculty of Languages and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PKM UPSI en-US PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 1823-6812 Pengajian Malaysia Dan Penerimaan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa Dalam Era “Wawasan Global” https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/5858
Kertas ini memfokuskan pada hubungan antara Pengajian Malaysia dengan pnerimaan antarabangsa bahasa Melayu pada era “Wawasan Global”. Dengan kebangkitan ekonomi Malaysia sejak 1970an, Pengajian Malaysia menjadi smakin popular di banyak negara. Analisis ini menujukkan bahawa dalam artikel bidang ilmu kemanusiaan dan sains sosial yang diliputi Web of Science (WoS) Core Collection, pengarang dari Malaysia menguasai Pengajian Malaysia, dengan jatah pasaran lebih daripada 86 % pada 2020. Pada masa yang sama, penyelidik dari 117 negara didapati aktif dalam bidang itu. Kertas ini menghujah bahawa inovasi teknologi dalam penyelidikan, khususnya pangkalan data yang mempunyai sifat “Akses Terbuka” dan “Pencarian dalam Teks Penuh”, seperti MyCite, menyumbang pada kerelevanan bahasa Melayu yang semakin meningkat dalam Pengajian Malaysia di peringkat antarabangsa.
Arndt Graf ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2021-09-15 2021-09-15 12 2 1 10 10.37134/pendeta.vol12.2.fa.1.2021 Program Linus Bahasa Melayu: Beberapa Kelemahan dalam Penilaian dan Cadangan Penambahbaikan https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4679
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam 12 konstruk penilaian kemahiran membaca LINUS bahasa Melayu. Setelah meneliti kelemahan-kelemahan yang wujud, kajian ini memberikan cadangan untuk penambahbaikan konstruk tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan melibatkan kajian kepustakaan terhadap 12 konstruk penilaian kemahiran membaca LINUS dan mengaplikasikan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori pengsukukataan Goldsmith (2011). Hasil kajian ini menunjukkan terdapat dua kelemahan yang wujud dalam 12 konstruk penilaian tersebut, iaitu penilaian kemahiran membaca suku kata tertutup (Konstruk 4 dan 5), dan penilaian kemahiran membaca konsonan /ng/ (Konstruk 6). Konstruk 4 dan 5 tidak menghuraikan secara jelas bentuk suku kata tertutup yang perlu dikuasai oleh murid, manakala Konstruk 6 sepatutnya dimasukkan dalam konstruk suku kata terbuka atau suku kata tertutup kerana /ng/ merupakan konsonan sama seperti konsonan-konsonan lain. Oleh itu, kajian ini telah memberikan cadangan supaya guru-guru menggunakan Jadual 1 dalam kajian ini yang menyenaraikan kesemua bentuk suku kata tertutup bahasa Melayu. Senarai bentuk suku kata tertutup tersebut akan membantu dan memudahkan guru-guru untuk melakukan proses penilaian dan intervensi kepada murid-murid LINUS. Hal ini sekaligus menyebabkan proses penilaian dan intervensi dapat dilakukan dengan tepat dan berfokus.

This study was conducted to identify weaknesses in the 12 of the construct of LINUS of Malay language reading skills. After examining the weaknesses that exist, this study provides suggestions for the improvement of the construct. This study used a descriptive qualitative approach involves the study of literature to analyze 12 construct of the LINUS reading skills and apply syllabification theory of Malay language that modified from Goldsmith’s theory of syllabification (2011). The results of this study show that there are two weaknesses that exist in the 12 assessment constructs, namely the assessment of closed syllable reading skills (Construct 4 and 5), and the assessment of consonant /ng/ reading skills (Construct 6). Constructs 4 and 5 did not clearly describe the form of closed syllables that students need to master, while Construct 6 should be included in open syllable constructs or closed syllables constructs because /ng/ is the same consonant as other consonants. Therefore, this study has provided a suggestion for teachers to use all of the list of closed syllables in Table 1. The list of closed syllable forms will help and facilitate teachers to perform the process of assessment and intervention to LINUS students. This also causes the process of assessment and intervention to be done accurately and focused.

Keywords - LINUS program, reading skills, syllabification theory, closed syllables
Mohamad Rozi Bin Kasim ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2021-07-06 2021-07-06 12 2 1 10 10.37134/pendeta.vol12.2.1.2021 Leksikostatistik Bahasa Che Wong Dan Bahasa Melayu Melalui Aspek Perbandingan Kosa Kata https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4934
Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat minoriti yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Setiap kelompok ini pula mempunyai enam suku yang berlainan. Suku Orang Asli Che Wong tergolong dalam kelompok Orang Asli Senoi. Orang Asli Che Wong secara umumnya tinggal di negeri Pahang terutamanya di Kampung Sungai Enggang Kuala Gandah Pahang. Secara keseluruhannya, masyarakat Orang Asli Che Wong menggunakan bahasa natif Che Wong ketika berkomunikasi. Informan dalam kajian ini melibatkan penutur Orang Asli Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan hubungan kognat bahasa suku Che Wong dengan bahasa Melayu berdasarkan aspek perbandingan kosa kata dengan menggunakan kaedah leksikostatistik. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif ketika proses pengumpulan data melalui teknik rakaman dan lafaz. Data dianalisis berdasarkan kategori senarai kata Swadesh. Berdasarkan kajian, didapati bahawa terdapat beberapa leksikal bahasa Orang Asli Che Wong yang mempunyai pengaruh dan persamaan dengan bahasa Melayu. Analisis juga mendapati bahasa Orang Asli Che Wong mempunyai kekerabatan pada tingkat keluarga bahasa dengan bahasa Melayu sebanyak 76% dan terpisah antara 5 hingga 25 abad yang lalu.
Norajihah Muda Zaitul Azma Zainon Hamzah ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2021-09-20 2021-09-20 12 2 11 28 10.37134/pendeta.vol12.2.2.2021 Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kemahiran Menulis https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/5425
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Sampel kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah pilihan di Kota Marudu, Sabah dengan menggunakan teknik persampelan selesa. Data dipungut melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan para pelajar terhadap penggunaan KBAT dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi. Ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT dalam kemahiran menulis mengikut jantina. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Fong Peng Chew Nur Juliana Masingan ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2021-09-21 2021-09-21 12 2 29 43 10.37134/pendeta.vol12.2.3.2021