PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA
PENDETA : Journal of Malay Language, Education and Literature

(ڤندتا : جورنل بهاس دان سسترا ملايو)

The PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature [ISSN 1823-6812/ eISSN 2600-8696] began to publish its first issue in 2011. PENDETA is published twice a year (June & December start 2020) which dedicated to publishing original research and theory based articles as well as exploratory papers on Malay language, Malay studies, literature, linguistics, culture, Malay education and pedagogy. It is published by UPSI Press for the Faculty of Languages and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
en-US anida@fbk.upsi.edu.my (Profesor Madya Dr. Anida Sarudin) me.ejournal@upsi.edu.my (Pejabat Karang Mengarang UPSI) Sat, 06 Jun 2020 15:27:20 +0000 OJS 3.1.1.1 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Persekitaran Kanak-kanak: Satu Penelitian Terhadap Novel Kanak-kanak Terpilih https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3419
Peranan karya sastera sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat telah menjadi asas dalam kewujudan karya sastera. Novel kanak-kanak dihasilkan daripada persekitaran yang diambil daripada realiti kehidupan dan diolah dengan bahasa yang indah sebagai santapan pembaca. Bertitik-tolak daripada pegangan karya sastera merupakan cerminan masyarakat, perkara ini selari dengan pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang sering terpampang di dada akhbar mutakhir ini. Justeru, sebagai salah satu bidang ilmu yang turut menyumbang ke arah mendidik modal insan yang berguna, maka kajian ini dilakukan bagi menjelaskan secara kritis peranan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terhadap perkembangan sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak yang dapat dilihat dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Umairah dan Kuda Putih (2008) dan Memori Atikah (2002). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks.  Manakala, aspek persekitaran dalam novel dianalisis dengan menggunakan kelima-lima prinsip Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986), iaitu mikrosistem, mesositem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Dapatan kajian memperlihatkan perkembangan sahsiah, tingkah laku, emosi dan akademik kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang berhubungan secara langsung dalam kehidupan kanak-kanak. Namun, persekitaran mikrosistem merupakan persekitaran yang paling dominan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Kesimpulannya, persekitaran yang terdapat dalam novel kanak-kanak dapat dijelaskan dengan Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986) sekali gus memberi ilmu baharu kepada masyarakat dalam mendidik kanak-kanak menjadi individu yang cemerlang dalam kehidupan.
Rohayati Junaidi ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3419 Sat, 06 Jun 2020 15:27:00 +0000 Seni Majaz Dalam Bahasa Melayu: Analisis Berdasarkan Ilmu Balaghah Arab https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3618
Makalah ini bertujuan membincangkan seni majaz dalam bahasa Melayu berdasarkan kerangka ilmu balaghah Arab. Perbincangan ini penting kerana sehingga kini konsep, kategori dan bentuk majaz dalam bahasa Melayu belum tersusun dalam suatu kesatuan ilmu yang jelas dan sistematik khususnya dalam pengajian ilmu retorik. Perkembangan semasa menunjukkan bidang retorik semakin tersisih dalam pengajian linguistik dan kesusasteraan Melayu disebabkan kurangnya inovasi untuk merekayasa disiplin ini agar lebih menampakkan kedinamikan dan kerelevanannya dengan pandangan alam dan budaya Melayu yang tulen. Kajian berbentuk kualitatif dan kontrastif ini menggunakan data seni majaz dari sumber al-Quran dan melihat persamaannya dalam komunikasi penutur Melayu di media massa dan perbualan harian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak persamaan berbanding perbezaan antara seni majaz dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dapatan ini sekaligus membuktikan potensi besar majaz berdasarkan tradisi Arab ini diperkasakan dalam sistem retorik Melayu sebagai pembaharuan terhadap retorik tradisi Barat. Keberhasilan meletakkan seni majaz sebagai sebahagian daripada ciri dalam sistem retorik Melayu diharap akan menjadi titik tolak kepada penerokaan ciri-ciri lain dalam disiplin ini supaya nanti akan terhasil satu disipin retorik Melayu versi baharu yang dapat menggambarkan falsafah keindahan bahasa Melayu yang sebenarnya.
Gamal Abd Nasir Hj Zakaria, Abu Hassan Abdul, Mohd Zaki Abd Rahman, Wahibah Twahir @ H.Tahir ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3618 Wed, 10 Jun 2020 04:54:07 +0000 Deskripsi Peranan Dua Ikon Membentuk Keperibadian Dan Hala Tuju Kehidupan Arena Wati Dalam Teks `Enda Gulingku` https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3414
Kajian ini bertujuan mendeskripsi peranan dua ikon dalam menentukan hala tuju kehidupan Arena Wati dalam teks memoir berjudul `Enda Gulingku` (1991). Analisis ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Data dari sumber utama dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dideskripsikan menggunakan kaedah analisis deskriptif bersandar kepada konsep tanda ikon dalam teori Semiotik Charles Sander Pierce. Dua ikon yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah Abd Biang (ayah kepada Arena Wati) dan Halimah (isteri kepada Arena Wati).  Hasil analisis dapat menunjukkan bahawa peranan dua ikon ini mempengaruhi dan membentuk sikap dan haluan kehidupan Arena Wati selama 61 tahun. Pengaruh hubungan kekeluargaan dan keyakinan diri adalah dua unsur ikonik atau kemiripan yang kuat mempengaruhi pembentukan sikap dan hala tujuan kehidupan Arena Wati. Analisis ini merumuskan, dua orang watak  ini dapat dikatakan sebagai tanda ikonik yang dirujuk langsung pada fizikal diri dan keperibadian Arena Wati sesuai dengan makna dan peranan kemudi dalam teks `Enda Gulingku`.
Mardiah Mawar Kembaren, Abdul Halim Ali ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3414 Wed, 10 Jun 2020 08:53:24 +0000 Analisis kandungan kemahiran Bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3447
Kajian ini bertujuan meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis. Data diperoleh melalui kaedah analisis kandungan. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) digunakan untuk mengenalpasti kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah dalam kemahiran yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa  secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid berpandukan KSPK Semakan 2017 terkini.
Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, Saifulazry Mokhtar ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3447 Wed, 17 Jun 2020 08:25:22 +0000 Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2943

Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya. Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala aspek bagi mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan. Akhir sekali, kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji atau penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan selain turut membantu pembaca memilih karya yang benar-benar unggul serta mendorong pengarang mempertingkatkan karya bagi mencapai tahap unggul.

Mohamad Rosmizi Mahamad, Ghazali Din, Phaosan Jehwae ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2943 Wed, 17 Jun 2020 09:21:06 +0000 Imej arketaip dalam puisi Sabak https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3352
Puisi rakyat Iban dikenali sebagai Leka Main dan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Leka Main Invokasyen (Invokasi), Leka Main Adat Basa (Adat) dan Leka Main Pemerindang (Hiburan). Puisi sabak tergolong dalam puisi invokasi. Puisi sabak sangat unik dan memiliki pelbagai imej arketaip. Kertas ini fokus kepada imej arketaip yang terdapat dalam teks sabak. Masyarakat Iban khasnya generasi muda kurang jelas tentang maksud setiap perkataan atau imej yang digunakan dalam puisi sabak. Imej arketaip ini dianalisis daripada teks puisi sabak daripada buku Sabak oleh Robert Menua Salleh di samping temu bual bersama responden yang terlibat iaitu tukang sabak. Teori arketaip oleh Carl Jung digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada imej arketaip dalam puisi sabak. Kajian kualitatif digunakan iaitu dengan analisis sebahagian buku Sabak dan temu bual. Hasil dapatan dalam analisis teks sabak dan temu bual mendapati penggunaan objek dalam puisi sabak seperti besi, tabak yang berisi makanan, rama-rama dan sebagainya merujuk kepada imej arketaip yang hanya difahami oleh kelompok masyarakat Iban. Kajian ini diharap dapat membantu generasi muda untuk lebih memahami penggunaan objek tertentu dalam puisi sabak dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah untuk mudah memahami penggunaan imej arketaip dalam puisi sabak.
Laura Seman ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3352 Thu, 18 Jun 2020 09:54:22 +0000 Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: Analisis semantik inkuisitif https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3615
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —百万 (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahasanya.
Wong Shia Ho ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3615 Sun, 21 Jun 2020 17:51:32 +0000 Karakter lokal dalam sastra Indonesia di Sumatera Utara https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3659
Penulisan artikel ini memperihalkan kreativiti pengarang sastra Indonesia merepresentasikan latar sistem sosial dan budaya yang beragam untuk menjadi persoalan yang menarik diangkat membina karakter lokal dalam karya prosa sastra Indonesia. Analisis tekstual telah digunakan untuk memperolehi dapatan yang membicarakan persoalan utama kepengarangan sastra Indonesia Hasan Al-Banna, Hidayat Banjar, Idris Pasaribu dan Maulana Syamsuri diangkat membina karakter lokal di Sumatera Utara. Dapatan terhadap nilai-nilai budaya lokal masyarakat Karo, identitas kemelayuan Deli dan Mandailing merupakan akar tunjang dilestarikan, dikembangkan, dan direvitalisasi dalam karya prosa sastra Indonesia di Sumatera Utara. Malah, karya-karya sastra yang memuatkan nilai-nilai budaya lokal, kearifan lokal, dan karakter lokal akan dijadikan bahan pengajaran untuk anak didik mengenal karakter bangsanya sendiri.
Ikhwanuddin Nasution, Azhar Wahid ##submission.copyrightStatement## https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3659 Sun, 21 Jun 2020 18:18:23 +0000