@article{Mamat_Husin_2020, title={Isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan 1988: Issues and crisis of the federal constitution 1988}, volume={12}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/249}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Artikel ini bertujuan untuk melihat isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap badan kehakiman, Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, perundangan, agama Islam dan gerakan Islam di negara ini dalam krisis Perlembagaan Persekutuan 1988. Krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 membawa kepada pengharaman parti UMNO, konflik antara eksekutif dan badan kehakiman dan pindaan perlembagaan bagi mengurangkan bidang kuasa badan kehakiman. Hasil kajian menunjukkan bahawa konflik yang berlaku pada tahun tersebut menyebabkan tercetusnya krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 yang akhirnya membawa kepada  perluasan kuasa Perdana Menteri. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang turut menyumbang kepada tercetusnya konflik dan krisis antaranya adalah kekalahan kes yang melibatkan pihak eksekutif dan kerajaan dalam mahkamah. Atas faktor ini, Perdana Menteri menyifatkan hakim sebagai tidak memihak kepada kerajaan atau anti-kerajaan. Krisis ini juga membawa kepada penggantungan perkhidmatan serta penyingkiran Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Agung iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah. Namun, campur tangan pemimpin politik dalam negara khususnya Perdana Menteri Malaysia terhadap badan kehakiman pada tahun 1988 mencetuskan krisis yang cukup kritikal dan berpanjangan. Pemecatan hakim yang dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui kuasa Yang Di-Pertuan Agong dilihat sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan dan mengehadkan bidang kuasa badan kehakiman. Hal yang demikian ini menyebabkan keputusan yang ingin dibuat oleh hakim dikatakan dipengaruhi oleh unsur dan campur tangan pemimpin politik.</p>}, number={1}, journal={Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan}, author={Mamat, Mohamad Asrol Arpidi and Husin, Ahmad Zainudin}, year={2020}, month={May}, pages={12–27} }