Faktor-faktor kelulusan permohonan poligami dalam kalangan suami yang tidak berupaya: Analisis kajian kes di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan

Authors

  • Muhammad Mustaqim Roslan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
  • Hilman, A Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.1.7.2025

Keywords:

Kelulusan poligami, kemampuan, parameter, permohonan poligami, undang-undang keluarga Islam

Abstract

Islam merupakan agama fitrah yang mengiktiraf keperluan dan kehendak umatnya dalam hidup berpasangan termasuklah membenarkan poligami. Pensyariatan poligami adalah dibenarkan dalam Islam dengan berteraskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan agar ia tidak memberikan implikasi besar kepada keluarga. Berkemampuan dari sudut nafkah zahir dan batin merupakan syarat utama yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang suami memohon untuk berpoligami. Namun begitu, statistik di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu (MTSKB) menunjukkan peningkatan yang drastik terhadap permohonan poligami dalam kalangan suami yang tidak berkemampuan. Majoriti permohonan tersebut telah diluluskan oleh MTSKB dengan beberapa alasan dan budi bicara pegawai yang bertugas. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor kelulusan permohonan poligami oleh MTSKB dalam kalangan suami yang tidak berkemampuan. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif telah diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur melibatkan tiga orang hakim mahkamah tinggi syariah. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat faktor kelulusan permohonan poligami dalam kalangan suami yang tidak berkemampuan di MTSKB iaitu, persetujuan dan keredaan isteri, kemampuan yang subjektif, sebagai langkah menghindari zina dan mengelak kemudaratan kepada pihak isteri. Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan diperlukan untuk melihat jurang kelemahan yang memungkinkan wujud dalam enakmen dan akta undang-undang keluarga Islam negeri Kelantan dalam mengawal permohonan poligami.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdurrahman Husein (2007). Hitam Putih Poligami. Jakarta: Lembaga Penerbit Fakultas Ekonomi.

Anuar Ahmad Utusan Malaysia. (2016). Intergriti Dalam Poligami

Al-Sarkhasi, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl Al-Shams (1993). Al-Mabsut. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma’rifah

Al-Syatibi. 1991. Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Zuhaylī, Wahbah Mustafā al-Zuhaylī. Tafsīr Al-Munīr. Damsyik: Dār al-Fikr al-Mu’āsir, 1997

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kelantan) 2002.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Universiti Malaya.

Hilman. (Interviewer). (2024). Interview with Tuan Mohd Anwan Ab. Muttalib. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan

Hilman. (Interviewer). (2024). Interview with Tuan Haji Zaini Bin Sulaiman. Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan

Hilmi, Karim. Ta’addu al-Zaujaat fi al-Ayaan. (Diterjemahkan oleh Munirul Abidin dengan judul Poligami: Berkah atau Musibah? Jakarta: Senayan, 2007 Jilid 4. Pustaka Salam: Kuala Lumpur

Ibn ‘Abidin, Muhammad Ali Muhammad al-Husni. (1992). Radd al-Mukhtar a’lam al-Dar al-Mukhtar. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Ma Razhanlaily bt Ab Razak (2017). Faktor Zina dan Kesannya Dalam Kehidupan Remaja. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Univesiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Miftakur Rohman (2019). Persetujuan Istri Dalam Poligami: Analisis Hukum Islam dan Positif. MIYAH: Jurnal Studi Islam, 15(01), 204-224

Mohd Taib Arifin. 2006. Komunikasi Perkahwinan: Satu Kajian Persepsi di Kalangan Penduduk Jitra, Kedah. Abdul Rahim Abdul Rashid et al. Krisis dan Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors sdn. Bhd.

Muhammad Mustaqim Roslan. (2023). Pentarjihan fuqaha terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologi: Analisis fatwa Negeri Perlis. Journal Of Contemporary Islamic Studies, 9(2).

Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2009). Kitab Fikah Mazhab Syafie

Noraini Mohd Hashim. (2007). Prosedur Dan Pendaftaran Dalam Undang- Undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Bahasa dan Pustaka.

Noor Salwani Hussin. (2015). "Perkahwinan Tanpa Kebenaran: Kajian Terhadap Kes-Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Perlis Dari Tahun 2006 -2010". Disertasi, Universiti Utara Malaysia.

Noor Aziah Mohd Awal. (2008). Kahwin Lari dan Poligami: Respon Wanita dan Implikasi Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Norain Mohd Shah & Khairul Azhar Meerangani (2021). “Faktor Poligami tanpa Kebenaran: analisis kes di Mahkamah Syariah Muar, Johor,” e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-Jitu), Vol. 1, 1-13.

Nor, A. F., Saidon, R., & Bhari, A. (2021). Faktor penolakan permohonan kebenaran kebenaran poligami: Kajian kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. (2009-2013). Journal of Fatwa Management and Research, 241-253.

Nor, A. H., & Sharif, S. S. (2006). Faktor penyebab perkahwinan tanpa kebenaran di luar negara: Satu kajian di Mahkamah Rendah Syariah Muar. Jurnai Syariah, 145-161

Rahmi. (2015). Poligami: Penafsiran Surat An-Nisa’ Ayat 3. Jurnal Ilmiah Kajian Gender Vol. V No.1

Rapini, A. M., & Salam, N. Z. (2020). Keperluan kehadiran isteri sedia ada dalam permohonan poligami: Satu tinjauan awal. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – (pp. 988-1000). Dalam Talian: KUIS.

Redwan Yasin. (2012). Alasan penghakiman tuntutan kebenaran poligami di negeri Melaka menurut perspektif syariah. Falkulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.

Ritchie, J., & Lewis, J. (2003). Qualitative Research Practice—A Guide For Social Science Students And Researchers. London, Thousand Oaks, Ca: Sage Publications Ltd.

Siti Fadhilah Binti Ahmad (2019). Pegawai Sulh, Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor. Temu bual 17 Februari 2019

Zaini Nasohah, (2000). Poligami hak keistimewaan menurut syariat Islam. Malaysia: Kuala Lumpur

Zaleha Muhamat. (2002). Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Zanariah Dimon et al. 2018. Faktor-Faktor Konflik Rumah Tangga: Kajian Di Unit Runding Cara Jabatan Agama Islam Selangor. eProsiding IRSYAD 2018

Abidin, (2023, January 21). Hukum poligami tanpa izin isteri? Jabatan Mufti Negeri Perlis. https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/741-hukum-poligami-tanpa-izin-isteri#

Downloads

Published

2025-06-25

How to Cite

Roslan, M. M., & Hilman, A. (2025). Faktor-faktor kelulusan permohonan poligami dalam kalangan suami yang tidak berupaya: Analisis kajian kes di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan. Firdaus Journal, 5(1), 66-78. https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.1.7.2025