@article{Embong_Mohd Yasin_Ghazaly_2021, title={Keberkesanan Modul Ulul Albab secara atas talian: Satu kajian di Universiti Malaysia Terengganu}, volume={1}, url={https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/firdaus/article/view/6245}, DOI={10.37134/firdaus.vol1.1.9.2021}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Ulul Albab merupakan istilah yang tidak asing lagi di Malaysia. Ia dikaitkan dengan konsep pembelajaran integrasi antara aspek keagamaan dengan akademik sama ada pada peringkat rendah, menengah mahu pun tinggi. Di institusi pendidikan tinggi seperti di Universiti Malaysia Terengganu misalnya, terdapat kursus berbentuk keagamaan yang membawa konsep Ulul Albab telah ditawarkan kepada pelajar dikenali dengan kursus Personaliti Ulul Albab. Kursus ini memfokuskan kepada hafalan al-Quran serta memahami elemen Ulul Albab yang digariskan oleh al-Quran. Namun begitu, Modul Ulul Albab ini terpaksa dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Oleh itu, dua objektif artikel ini telah ditetapkan iaitu melihat keberkesanan Modul Ulul Albab secara atas talian dan kemampuan kursus dalam memberi penghayatan kerohanian keagamaan dalam diri pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik <em>Google Form</em> untuk mendapatkan maklumat responden dan dianalisis menggunakan <em>Microsoft</em> <em>Excel</em> seterusnya dipaparkan melalui 7 graf perbandingan. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan modul yang digunakan meskipun dilaksanakan secara atas talian, manakala 78.1% responden bersetuju kursus ini mampu memberi penghayatan kerohanian agama dalam diri pelajar. Penghayatan kerohanian ini amat penting kepada para pelajar khususnya yang bukan mengambil jurusan keagamaan di UMT agar dapat menyeimbangi perihal pelajaran, sosial dan agama sepanjang pengajian seterusnya membentuk personaliti Ulul Albab dalam diri mereka.</p>}, number={1}, journal={Firdaus Journal}, author={Embong, Abdul Hanis and Mohd Yasin, Mohd Faiz and Ghazaly, Maziah}, year={2021}, month={Dec.}, pages={93–102} }