TY - JOUR AU - Jalalluddin, Khairi AU - Sidik @ Mat Sidek, Roziah AU - Kunchi Mohamed, Faizal K. P AU - Abd Rahman, Norshariani PY - 2022/09/07 Y2 - 2024/03/29 TI - Teori Evolusi Manusia daripada Perspektif Sarjana Islam Kontemporari JF - Firdaus Journal JA - firdaus VL - 2 IS - 2 SE - Articles DO - 10.37134/firdaus.vol2.2.1.2022 UR - https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/firdaus/article/view/7501 SP - 1-12 AB - <p style="text-align: justify;">Isu sains yang masih kontroversi sehingga kini ialah berkaitan dengan teori evolusi manusia. Hal ini terjadi kerana teori sains tersebut dicetus dan didukungi oleh mereka yang berfahaman saintisme dan ateisme. Fahaman tersebut juga telah menular dalam kalangan umat Islam sehingga menyebabkan ketidakharmonian antara hubungan sains dengan agama, bahkan menganggu-gugat proses pengislamisasian sains khususnya dalam bidang pendidikan. Kajian ini akan menganalisis pandangan sarjana Islam kontemporari terhadap teori evolusi Darwin (<em>Darwin’s Theory of Evolution)&nbsp;</em>yang digunapakai untuk membuktikan asal usul kewujudan manusia atau homo sapiens. Analisis secara komparatif digunakan bagi tujuan untuk melihat sejauh manakah perbezaan pendapat di kalangan mereka berkaitan integrasi sains dan agama dalam isu tersebut. Kajian ini juga merupakan kajian kepustakaan dengan menganalisis artikel jurnal, buku, tesis dan video dalam media sosial seperti&nbsp;<em>youtube&nbsp;</em>yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kumpulan besar yang pro dan kontra dalam isu ini. Justeru, pandangan mereka kemudiannya diklasifikasi berdasarkan model-model interaksi antara agama dan sains oleh Ian Barbour iaitu konflik, pengasingan, dialog dan integrasi. Kesimpulannya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana Islam dalam teori evolusi tersebut, namun masingmasing membicarakannya dalam lingkungan wacana Islamiah dengan tidak mengenepikan unsur ketuhanan di dalamnya. Kajian lanjut dicadangkan untuk melihat pengetahuan, sikap dan amalan pendidik dalam isu ini khususnya, serta hubungan sains dengan Islam amnya.</p> ER -