Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

Review on Integrated Coastal Zone Management in Malaysia

Authors

  • Kadir Jaafar Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Keywords:

Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai, pengekalan sumber, pembangunan berterusan

Abstract

Dalam proses menuju industrialisasi, persisiran pantai merupakan sasaran utama bagi pusat kegiatan pengembangan aktiviti-aktiviti kepelbagaian industri tersebut. Tidak adanya integrasi dan koordinasi perancangan di setiap sektoral mengakibatkan tidak tercapainya tujuan pembangunan secara optimis dan terganggunya fungsi utama di sistem persisiran pantai tersebut. Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai (ICZM) ditawarkan oleh Bab 17 dalam Agenda 21 sebagai jawapan dan penyelesaian kepada masalah persisiran yang semakin terancam. Konsep ini juga menekankan tentang peri penting kesinambungan pembangunan yang disesuaikan dengan sumber alam yang amat terbatas. ICZM sememangnya diperakui di peringkat antarabangsa sebagai model pengurusan yang paling berkesan dan praktikal. Pelaksanaan ICZM di Malaysia masih baru bermula, program ini dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-7 dengan Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu telah disediakan bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang untuk menyelesaikan perbezaan penggunaan dan memastikan pengekalan sumber pantai. Satu kajian perintis untuk membangunkan pelan pengurusan pantai bersepadu bagi utara Pahang juga telah dilaksanakan. Kajian perintis itu bertujuan mengurus persisiran pantai secara mapan, hanya dapat mencapai tujuannya secara optimum apabila pihak perancang sebelum membuat sesuatu program harus memikirkan terlebih dahulu bentukbentuk pengisian atau input yang perlu disediakan bagi memastikan pendekatan dalam sesuatu pengurusan yang dilaksanakan memenuhi keperluan pembangunan berterusan. Hasil kajian literatur menunjukkan bahawa ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelaksanaan ICZM di Malaysia secara praktikal.

 

In process towards industrialization, beach shores were the main target to central expansion activities industry’s diversity activities. No integration and coordination planning in every sectoral cause unrealized purposes of development by optimistic and disturbed main function. Integrated coastal zone management (ICZM) system beach shore offered by Chapter 17 in Agenda 21 as answer and solution to problem beach that is increasingly threatened. This concept also stressed on development continuity importance adapted with natural resource that very limited. ICZM certainly certified at international level as managerial model that is most effective and practical. ICZM was implementation in Malaysia still new start, this programmed executed in Malaysia seven plans with Plan Integrated coastal zone management (ICZM) was provided to Sabah State, Sarawak and Penang to resolve difference usage and ensure retention coastal resources. A pilot study to develop integrated plan beach management to north Pahang had also been implemented, which aim to run beach shore by steady, can only achieve the purpose by optimum when planner before doing something programmed should think first filling forms or input that must prepare to ensure approach in something management implemented fulfill continuous development needs. Survey results literatures show that there are many factors which can influence ICZM implementation in Malaysia by practical.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-27

How to Cite

Jaafar, K. (2018). Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia: Review on Integrated Coastal Zone Management in Malaysia. GEOGRAFI, 2(1), 25–41. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/465

Issue

Section

Articles