Governmentaliti dalam Geografi Manusia

Governmentality in Human Geography

Authors

  • Noraniza Yusoff Pusat Pengajian Kerajaan, UUM Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah

Keywords:

Governmentaliti, rasionaliti, pemerintahan

Abstract

Governmentaliti ialah konsep yang mengkaji hubungan antara pengeluaran rasionaliti-rasionaliti berkenaan dengan kerajaan dan teknologi dalam kuasa moden. Teori governmentaliti juga merupakan alat untuk mengkaji cara mentadbir, mengurus dan mengawal selia dasar sebuah negara atau dipanggil sebagai urus tadbir dalam rangkaian luar negara. Governmentaliti boleh difahami sebagai seni kerajaan; bagaimana pemerintahan atau pentadbiran; rasionaliti yang berkenaan dengan kerajaan; satu garis panduan untuk analisis yang Michel Foucault menawarkan melalui cara pembinaan semula berkenaan dengan sejarah meliputi satu tempoh bermula daripada Greek Purba melalui neo-liberalisme moden; dan satu teknik serta strategi yang masyarakat menjadi dapat diperintah iaitu pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk mengarah dan mengawal tindakan, dasar, negara dan sebagainya. Tujuan analisis ini adalah untuk membezakan antara sifat-sifat didefinisikan dan struktur tidak berkenaan dalam konsep governmentaliti; dan untuk menentukan struktur dalaman melalui memecahkannya iaitu memisahkan ke dalam unsur-unsur atau bahagian asas penting yang lebih mudah dalam konsep governmentaliti. Kaedah analisis konsep yang digunakan ialah analisis konsep Wilson. Analisisnya melibatkan memisahkan soalan-soalan berkenaan konsep governmentaliti, menentukan unsur-unsur penting dan tidak penting, kes model, kes bertentangan, kes yanghampir serupa, kes pinggiran, kes dicipta, konteks sosial, tanggapan tentang konsep, implikasi untuk membuat perbezaan dalam kehidupan manusia dan mencari satu makna yang berfungsi paling berkesan. Hasil kajian mendapati governmentaliti (amalan-amalan yang dianjurkan seperti mentaliti, rasionaliti dan teknik yang melaluinya subjek adalah diperintah dan dipengaruhi) adalah berbeza dengan Machiavellianisme (doktrin politik Machiavelli iaitu mana-mana cara boleh digunakan oleh pemerintah supaya mencipta dan mengekalkan kerajaan autokratik).

Governmentality is a concept which studied the relationship between the production of rationality with respect to government and technologies of modern power. Governmentality theory is also a tool to study the method of administer, manage and supervise the policy of a country or called as governance in abroad networks. Governmentality can be understood as the art of government; how the government or administration; rationality which concerned with the state; a guideline for the analysis which Michel Foucault offers through reconstruction method related with history covers a period begin from Ancient Greece through the modern neoliberalism; and the technique as well as strategies which community be able to dictate namely the authority have the power to direct and control the action, policy, the state and others. The purpose of this analysis are to distinguish between defined properties and disconnected structure in governmentality concept; and to determine the inner structure through dividing it namely separating into component or the important fundamental part which is more easier in governmentality concept. The method of analysis employed was Wilson concept analysis. Analysis involved separating questions related with governmentality concept, determined the important and unimportant component, the model case, the opposite case, the uniform case, the marginal case, the created case, the social context, the notion of the concept, the implication to making a difference in the human life and find one meaning which work most effective. The finding of the study discovered govermentality (organized practices like mentality, rationality and technique through which the subject is governed and influenced) differs with Machiavellianism (political doctrine of Machiavelli namely any means can be employ by the governing in order to create and maintain the autocratic government).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-27

How to Cite

Yusoff, N. (2018). Governmentaliti dalam Geografi Manusia: Governmentality in Human Geography. GEOGRAFI, 2(1), 98–110. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/471

Issue

Section

Articles